Monday, January 7, 2013

Status Pelaksanaan Pemberian Bayaran BISP

Bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul berkenaan pemberian Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) disebabkan perubahan Dasar pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris kepada Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI), maka melalui surat yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 7 Dis. 2012 menjelaskan, pemberian bayaran BISP kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris adalah masih tertakluk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2003.

Pembayaran BISP hendaklah dilaksanakan hanya kepada PPP yang memenuhi syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2003.

Keratan surat siaran Status Pelaksanaan Pemberian Bayaran BISP
(Klik pada gambar untuk kelihatan lebih jelas)

- Kementerian Pelajaran Malaysia


8 comments:

Anonymous said...

Hi,
Ini tahun ke-4 (2010, 2011, 2012, 2013) saya mengajarkan BI. Saya telah memohon BISP tetapi ditolak kerana tidak selari dengan opsyen saya di maktab perguruan (Pengajian Melayu-Geografi). Saya telah diarahkan mengajarkan BI kerana tidak cukup guru BI di sekolah. Untuk makluman, BI saya pada peringkat MCE adalah kredit 3. Adakah benar saya tidak patut dibayar BISP?

Cgazmi said...

Salam.
Pada pengetahuan saya, BISP hanya dibayar kepada guru yang mengajar subjek Sains dan Matematik dalam BI sahaja.Manakala bagi guru yang mengajar BI perlulah, ianya dari opsyen BI, barulah layak diberi BISP.

Sepatutnya cikgu menghadiri kursus "conversion" opsyen dari Pengajian Melayu-Geografi ke BI, barulah cikgu layak diberi BISP.

Anonymous said...

Saya juga dpt bisp sbb mengajar bi. saya opsyen mt. masa tu saya blm pergi etems. bi saya juga kredit c3 spm. saya diminta oleh kerani supaya memohon bisp sbb saya ada kursus bi anjuran jab. pelajaran selama 3 hari. tp skrg saya dah x ajar bi dan ajar mt sepenuhnya. msh dpt bisp sbb dah pergi etems.

Anonymous said...

kenapa bercelaru sangat isu BISP sekarang ni, dari dulu pun.... kenapa cikgu ajar "english" dapat BISP sampai sekarang pun tak jelas.... kementerian perlu peka isu ni

Anonymous said...

Macamnana saya kami yang mpunyai opsyen major dan minor d maktab kpli saya major mate minor1 pj..minor2 bahasa inggeris

Anonymous said...

setahu saya, minor bi dan bukan opsyen bi kenalah mengajar dalam matapelajaran bi selama tiga tahun baru lah layak untuk memohon bisp. ini tidak termasuk kssr bi.

Anonymous said...

hye, saya ingin bertanya, adakah saya layak menerima bisp..kerana saya hanya mengajar BI KSSR Thn 1, 2 dan 3...dan saya mempunyai ikhtisas pengajian bahasa inggeris ( KPLI )
Terima kasih

Anonymous said...

saya dengar klau tdak ikut prgrme professional up skilling of Eng Language Teachers tidak dpt BISP?Betulkah? & adajgak sumber bagitau blan 6 ni ndak da sudah bisp for all english teachers? Betulkah? Tolong beri penjelasan kpd yang tahu. TQ

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi