Setiap
orang Islam itu tidak boleh diukur yang dia baik waktu datang bersembahyang di
masjid sahaja. Belum boleh diukur yang dia baik sering sembahyang berjemaah di
rumah Allah.
Jangan
lagi dilabelkan dia baik andai selalu naik haji dan buat umrah berulang kali. Tasbih
di tangan, wirid dan zikir tidak lekang kerana itu semuanya ibarat berladang,
baru sahaja menanam pokok tidak semestinya menanam pokok, pokok itu berbuah lebat
dan baik hasilnya. Tidak semestinya menanam pokok, mendapat hasil yang
memuaskan.
Orang
yang beribadah tadi kita lihat dahulu di dalam pergaulannya, bagaimana? Bagaimana
sikapnya di dalam pergaulan mereka? Mereka berkasih sayang atau tidak? Mereka bertimbang
rasa atau sebaliknya? Bagaimana dia menggunakan lidahnya? Mereka menyakiti
orang? Menghina orang? Menfitnah orang?
Dengan
orang miskin dan susah mereka menolong? Atau buat tidak tahu sahaja kesusahan
orang! Mereka mudah menolong orang apabila diminta? Atau mereka hanya pandai
bermuka-muka, memperaga diri merekalah baik!
Adakah
mereka pemaaf? Meminta maaf, pemurah? Sabar dengan ujian? Redha dengan takdir
Tuhan! Mereka mengutamakan diri? Atau mengutamakan orang lain? Apakah mereka
merasa susah dengan kesusahan orang? Senang pula dengan kesenangan orang?
Kalau
kita dapat menjawab dengan baik dan tepat, memang kita dapat kenal orang baik
dan orang jahat Ibadah mereka berbuah, orang yang ibadahnya berbuah itulah
orang baik. Kalau ibadah sahaja banyak, tapi tidak berbuah, itu bukan orang
soleh.
Mengukur
orang baik bukan dengan banyak ibadahnya Tapi diukur berbuahkah ibadahnya? Tinggikah
peri kemanusiaannya oleh ibadahnya?
Wassalam.
0 comments:
Post a Comment