Stockholm,
Sweden: Seorang wanita mencuri komuter yang kosong tanpa penumpang dan
memandunya ke pinggir bandar Stockholm tapi telah tergelincir dan terhempas ke
bagunan apartment.
Kemalangan
awal pagi itu menyebabkan wanita tersebut cedera parah dan telah diterbangkan
ke sebuah hospital Stockholm, kata jurucakap polis Lars Bystrom.
Bystrom
berkata wanita itu ditangkap kerana disyaki membahayakan orang awam.
Tomas
Hedenius, jurucakap yang melatih operator Arriva, berkata wanita yang
dilahirkan pada tahun 1990 itu, mencuri kereta api empat gerabak di depoh luar
Stockholm.
Dia
kemudiannya membawa keretapi itu sejauh kira-kira sebatu (1.6 kilometer) ke stesen
akhir keretapi, tapi malangnya ia terkeluar dari trek, sejauh kira-kira 30 ela
(25 meter) dan terhempas ke dalam sebuah bangunan tiga tingkat.
Gambar
dari tempat kejadian menunjukkan keretapi bahagian depan yang rosak dan
terperosok ke dalam bagunan itu.
-
Daily Record
Anda minat barangan
berikut:
0 comments:
Post a Comment