PETALING
JAYA: Laporan Akhir Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 telah diterima dan
diluluskan oleh Kabinet, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin.
Muhyiddin,
yang juga Menteri Pelajaran, berkata laporan tersebut seterusnya akan
dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat.
Beliau
mengumumkan demikian pada majlis jamuam malam sempena ulang tahun ke-21 dan
kempen rayuan derma tabung pembinaan bangunan Huazong, di sini.
Turut
hadir presiden Hua Zong, Tan Sri Pheng Yin Huah, Duta Besar China ke Malaysia
Datuk Chai Xi, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan pengasas Sunway Group yang juga
wakil penaung bangunan Huazong Tan Sri Dr Jeffrey Chuah.
Pada
September tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah
melancarkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang
menggariskan 11 anjakan strategik dan operasi untuk mengubah sistem pendidikan
negara.
Antara
yang digariskan adalah menyediakan akses sama rata untuk pendidikan berkualiti
dengan standard antarabangsa, memastikan setiap pelajar fasih dalam Bahasa
Malaysia dan Inggeris, membangunkan rakyat Malaysia yang dipacu nilai murni dan
menjadikan perguruan sebagai profesion pilihan.
Dalam
pada itu, Muhyiddin berkata dakwaan sesetengah pihak bahawa kerajaan
meminggirkan sekolah aliran Cina adalah tidak benar sama sekali.
"Komitmen
kerajaan adalah untuk memastikan mutu pendidikan di semua sekolah dapat
ditingkatkan termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).
"Oleh
sebab itu, Perdana Menteri dalam Belanjawan 2012 telah mengumumkan peruntukan
sebanyak RM100 juta khusus membiayai pembangunan dan penyelenggaraan sekolah
jenis kebangsaan Cina dan ianya diteruskan dalam Belanjawan 2013,"
katanya.
-
BERNAMA
0 comments:
Post a Comment