Thursday, January 10, 2013

Tahukah Anda Lif Tertinggi Di Dunia

Hunan, China: Lif sememangnya merupakan satu kemudahan yang amat penting bagi mereka yang mahu menjimatkan masa dan tenaga terutamanya bagi bangunan yang tinggi. Namun, di China, lif bukan sahaja untuk digunakan di dalam bangunan malah ia juga digunakan di bahagian luar sebuah gunung.

Bailong Elevator atau lebih dikenali sebagai Hundred Dragon Elevator merupakan sebuah lif kaca yang dibina pada bahagian luar sebuah gunung yang penuh dengan beribu-ribu tiang batu pasir yang mempunyai ketinggian sehingga beribu-ribu kaki di kawasan Wulingyuan yang terletak di Wilayah Hunan, China.

Pada ketinggian 1,070 kaki (330 meter), pembinaan lif telah dimulakan sejak tahun 1999 dan siap pada tahun 2002. Projek ini juga pernah mendapat tentangan sengit daripada kumpulan alam sekitar disebabkan kawasan yang dipilih untuk projek tersebut terletak di Tapak Warisan Dunia. Jumlah pelaburan untuk projek lif berkenaan menelan kos sebanyak 120 juta Yuan (USD$20 juta).

Dengan taburan pelancong yang meningkat sebanyak 5 juta orang pelawat setiap tahun, kawasan pembinaan lif berkenaan sarat dengan perhatian pelancong, namun kerja pembinaan tetap dijalankan seperti biasa.

Dengan siapnya projek tersebut, ia telah menerima tiga anugerah daripada Guinness World Record. Anugerah yang pertama adalah untuk lif luaran pertama tertinggi di dunia. Kedua untuk lif dua dek tertinggi di dunia dan ketiga adalah untuk lif penumpang dengan jumlah kapasiti pengguna terbesar dan terpantas di dunia.

Selepas projek berkenaan dibuka pada tahun 2002, ia ditutup buat sementara waktu atas dasar keselamatan awam.

Lihatlah gambar lif berkenaan di bawah:
























- drysheet & billyinfo






0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi