Tuesday, January 8, 2013

75 Pembantu Guru Bahasa Inggeris Akan Memulakan Tugas

KUALA LUMPUR: Sekumpulan 75 pembantu guru bahasa Inggeris (ETA) Fulbright dari Amerika Syarikat tiba di Malaysia untuk memulakan tugasan mereka selama 10 bulan di sekolah-sekolah di Terengganu, Johor, Pahang dan Perak.

Program ETA, yang ditadbir bersama oleh Suruhanjaya Malaysia-Amerika mengenai Pertukaran Pelajaran (Macee) dan Kementerian Pelajaran Malaysia itu, telah diperluas ke Perak.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dalam kenyataan Isnin berkata jumlah pembantu guru itu juga meningkat kepada 75 orang berbanding 50 orang sebelum ini.

"Mereka akan ditempatkan di sekolah rendah dan menengah di semua daerah empat negeri terpilih itu dan setiap mereka akan mempunyai hubungan secara langsung dan berterusan dengan murid dan pelajar sekolah mereka.

"Sebagai tambahan, AS juga menyediakan bantuan teknikal melalui lawatan oleh pakar bahasa Inggeris dari negara itu yang akan membantu melatih guru dan memberi nasihat mengenai kurikulum. Mereka akan membawa bersama bahan mengajar terkini, yang disediakan secara percuma oleh Jabatan Negara AS," kata kenyataan itu.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi