Wednesday, January 9, 2013

Sekolah Terletak Di Bawah Jambatan

New Delhi, India: Bagi masyarakat dunia, pendidikan merupakan perkara yang penting bagi menjamin masa depan anak-anak mereka. Begitu juga di India, kesedaran mengenai kepentingan pendidikan juga tidak dipandang remeh oleh golongan gelandangan walaupun sekolah untuk anak-anak mereka terletak di bawah jambatan.

Seorang jurugambar, Asif Qadri dari Associated Press telah menemui sebuah sekolah yang agak luar biasa di New Delhi, India. Sekolah tersebut hanya mempunyai beberapa orang guru, pelajar dan dua papan hitam. Tiada kemudahan meja dan kerusi untuk kemudahan pelajar. Sekolah yang khusus untuk anak-anak golongan gelandangan tersebut akan mengajar asas matematik, kaedah membaca dan mengira dan asas menulis yang terletak di bawah jambatan.

Pengasas sekolah tersebut serta dua guru yang lain mengatakan kanak-kanak akan belajar di sekolah berkenaan secara percuma selama lebih tiga tahun. Semenjak pendidikan di India adalah percuma, ia memberi peluang kepada kanak-kanak miskin untuk belajar. Kini, sekolah tersebut mempunyai lebih kurang 30 orang pelajar.

Lihat gambar kanak-kanak India belajar di bawah jambatan:



 
Di Malaysia sekolah banyak, pelajar yang kaki ponteng pun ramai!


- drysheet

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi