Saturday, February 25, 2012

KEPUTUSAN SBPA DIJANGKA 12 MAC DEPAN


MELAKA, 24 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan keputusan kerajaan berhubung isu skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) pada perhimpunan yang dianjurkan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) pada 12 Mac depan.


"Tunggulah masa, kalau saya umum hari ini tak jadi (tidak seronok), tak ada surprise (kejutan).


"Mungkin tunggulah bila kita ada majlis, CUEPACS setuju untuk mengatur satu perhimpunan besar-besaran di mana dalam perhimpunan itu nanti saya akan menyampaikan keputusan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di bandar Melaka di sini, Jumaat.


Sementara itu, Najib berkata mesyuarat yang diadakan dengan CUEPACS semalam berlangsung dalam suasana baik dan mereka (CUEPACS) bersikap positif dalam isu penyelesaian SBPA.


Semalam, Najib mengadakan pertemuan dengan Cuepacs selama 45 minit dengan sembilan pemimpin tertinggi CUEPACS yang turut disertai Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan di Pejabat Perdana Menteri.


Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman pada pertemuan itu dilaporkan berkata pihaknya akan mengadakan perhimpunan besar-besaran yang mengumpul 15,000 penjawat awam di Bukit Jalil pada 12 Mac depan yang dijangka dihadiri Perdana Menteri.


-- BERNAMA

Monday, February 20, 2012

CUEPACS - SBPA DIKEKALKAN PADA 1 JAN DAN DIBAYAR TUNGGAKAN

PUTRAJAYA, 20 Feb (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Jan lepas, dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu.


Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Jan tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.


"Jadi permintaan Cuepacs ialah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Jan itu dikekalkan. Itu yang kita mahu.


"Ia juga adalah satu perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Beliau yakin lima tuntutan Cuepacs dapat diterima selepas pembentangan kertas cadangannya kepada pasukan petugas khas semakan semula SBPA pada mesyuarat ketiganya yang dijadualkan Rabu ini.


Lima tuntutan Cuepacs itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.


Omar berkata satu perhimpunan besar membabitkan penjawat awam dari semua gred akan diadakan pada akhir bulan depan bagi memberi penerangan secara terperinci mengenai intipati SBPA.


--BERNAMA

Thursday, February 16, 2012

PENGISIAN DATA SPLG

Guru-guru yang telah mengikuti sebarang kursus boleh mengisi atau mengemaskini maklumat kursus yang dihadiri dengan mengakses laman SPLG. Sebagai panduan, guru boleh melihat laman tersebut di sini, dan bagi pengisian data, pilih MODUL INDIVIDU dengan mengklik ikon tersebut.



Guru-guru juga boleh mengakses terus ke aplikasi SPLG bagi pengisian data melalui blog cgazmi.blogspot.com dengan mengklik butang SPLG yang terdapat di bahagian atas blog tersebut (sebagai panduan klik gambar untuk kelihatan lebih jelas). Harap maklum.

PERHIMPUNAN PPSMI

PETALING JAYA, 15 Feb (Bernama) -- Satu kumpulan penyokong PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) akan menganjurkan satu perhimpunan di Dataran PJ di sini pada 10 Mac ini bagi menunjukkan pendirian serius mereka mahukan kerajaan mengembalikan dasar itu.


Penyelaras kumpulan Ibu bapa Prihatin Selangor (CPS) Shamsudin Hamid berkata antara 5,000 dan 10,000 ibu bapa akan menghadiri perhimpunan "Parents for PPSMI" (P4P) pukul 10 pagi, dan ia akan diadakan serentak di Pulau Pinang, Ipoh dan Sabah.


"Tujuan perhimpunan ini adalah bagi menyatakan sokongan kami kepada PPSMI. Kami mahu kerajaan mengembalikan dasar itu.


"Ini tidak bermaksud kita tidak hormat pada bahasa kebangsaan. Tapi, sila lihat dalam gambaran yang lebih luas, iaitu masa depan anak-anak kita," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.


PPSMI dimansuhkan bermula tahun ini dan digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).


- BERNAMA


Saturday, February 11, 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA SKU 2012


Sabtu, 11 Februari 2012 – Satu Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sek. Keb. Undang telah berjaya diadakan dengan penyertaan terdiri dari murid Tahun 1 hingga Tahun 6 dan murid Pra Sekolah.


Gambar kejohanan tersebut boleh dilihat di sini (Klik) - Kejohanan Merentas Desa SKU 2012

Saturday, February 4, 2012

SALAM MAULIDUR RASUL 1433H

Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" (3:31) Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan natijah atau kesan akan adanya perasaan kecintaan terhadap Rasulullah (s.a.w), perasaan taat kepada baginda, sentiasa mengingati baginda, mencontohi baginda dan berbangga dengan baginda sebagaimana Allah bangga terhadap baginda kerana Allah memuji akan baginda didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlaq yang mulia" (al-Qalam:4) Tahap kecintaan kepada Rasulullah (s.a.w), merupakan antara pengukur kepada tahap kesempurnaan keimanan antara seseorang mukmin dan seorang mukmin yang lain. Dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah (s.a.w) telah bersabda,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada anak, ibu bapa dan manusia seluruhnya." Dalam sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh Bukhari Rasulullah (s.a.w) berfirman,"Tidak sempurna iman kamu sehingga aku kamu lebih cintai daripada diri kamu sendiri." Dan Sayyidina 'Umar berkata,"Ya Rasulullah aku mencintaimu lebih daripada diriku sendiri. Kesempurnaan iman seseorang itu amat bergantung pada kecintaannya terhadap Rasulullah (s.a.w) dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat.


"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi