Monday, January 18, 2016

Gambar-Gambar Yang Memberi Motivasi


Gambar atau foto boleh menimbulkan banyak erti bagi yang dapat menikmatinya, baik menunjukan suatu ekspresi dan seni maupun memberi makna tersirat, berikut beberapa foto yang boleh dijadikan motivasi hidup, yang memberikan nilai untuk tidak pernah menyerah atau putus asa akan suatu keadaan dan dapat berfikir positif dalam menjalani kehidupan, selamat menikmati dan merenungi. Semoga bermanfaat.

Rancang sebelum melaksana sesuatu, agar kita tidak buntu  untuk menyiapkannya.

Belajarlah menjadi kreatif dan inovatif dalam memajukan diri atau bidang yang diceburi.

Dalam hidup, kita harus dapat mencari kesukaan dari hanya memikir akan kesulitan.

Dalam hidup ini, setiap orang memerlukan sahabat, seperti di dalam gambar ini. Ketika kamu susah, maka aku akan menjadi penolong. Ketika aku susah, dia akan menjadi pnolong. Syukur kalau dapat sahabat sebegini.

Harus terima kenyataan, kamu tidak boleh puaskan hati semua orang.
 
Kadangkala hidup ini ringan atau berat, bergantung dari jalan yang kamu pilih.
 
Kadangkala, yang menghulurkan tangan belum tentu benar-benar ingin menolongmu.

Mungkin suatu hari, kamu merasa hari itu terberat buat dirimu, tetapi mungkin boleh jadi ia adalah hari penghasilan terbesar buat dirimu.

Pantang menyerah, jika dapat bertahan sedikit lagi pasti berhasil.

Tanpa tindakan, maka sikap malas akan tertanam dalam diri. Tanpa impian, maka kejatuhan akan berakar dalam diri. Semakin lama, akarnya semakin mendalam. Sampai suatu hari hendak berdiri pun sangat susah.

Untuk bekerjasama, kita harus melepaskan ego dan saling menghormati. Baru lah kita sama-sama menikmati hasilnya.
 
Walaupun mempunyai banyak sumber, tidak penting kalau tak tahu cara menggunakannya, dan selamanya kamu tidak akan pernah merasa cukup.



Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi