Monday, December 31, 2012

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu Sekolah Kawalan

Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu Sekolah Kawalan Di Bawah Jabatan Pelajaran Negeri Ambilan Januari 2013. Semakan boleh dibuat dengan mengklik link di bawah ini:


- Kementerian Pelajaran Malaysia

Pemimpin Sekolah Perlu Bijaksana Dan Bijaklaksana

Sebelum saya meneruskan perkongsian info ini, suka saya maklumkan pembacaan berkaitan kepimpinan juga boleh dilihat dengan mengklik tajuk ini KUNCI KEPIMPINAN SEKOLAH YANG BERKESAN. Semoga kita mendapat manfaat dari pembacaan ini.

"Cikgu, kita harap mesyuarat di sekolah ini tidak perlu lama-lama dan panjang-panjang sampai Sembahyang Zuhur lewat," celah seorang ustaz sambil berdiri sewaktu aku selesai memulakan ucap aluan mesyuarat pertama sebagai Guru Besar baru sekolah itu. Semua mata tertumpu kepada aku dengan penuh debar dan suspen. Mungkin mereka pernah dengan cerita tentang aku. Seorang Guru Besar muda yang tegas dan ambisi sekali.

Aku tersenyum. Pengalaman sebagai GPK,Guru Besar dan NGO sebelum ini banyak mengajar aku erti matang dan bijaksana. Pengalaman sebagai pendebat, pemidato dan instruktor kursus cukup mudah mengatasi situasi yang menggugah ego bagi sesetengah pemimpin autokratik. Pengalaman sebagai pemimpin pelajar yang mesyuarat agung memakan masa masa tiga hari tiga malam dan banyak menjawab bagi pihak persatuan mengajar betapa pentingnya ketenangan dan kebijaksanaan dalam menghadapi tekanan.

" Terima kasih, ustaz. Inilah sahabat yang saya harapkan dalam membantu saya melaksanakan tugas sesuai dengan Firman Allah dalam Surah Ali Imran " Dan hendaklah ada dari kalangan kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang-orang yang berjaya.' Jika saya menyeleweng sila tegur. Kalau ustaz atau guru-guru tidak tegur atas kesalahan saya maka anda semua  bersubahah dan berdosa. Beritahu PPD atau Pengarah Pelajaran jika saya tidak mendengar nasihat dan melakukan kesalahan nyata." dengan tenang dan panjang lebar aku memberi "stroke" motivasi yang paradok dengan kebiasaan berfikir khalayak umum.

Bermula pada detik itu, ustaz ini yang merupakan al-hafiz menjadi rujukan dan sahabat akrab. Apa yang aku cakap aku buat hingga akhirnya ianya menimbulkan keyakinan dan kepercayaan para guru, ibubapa, murid-murid dan masyarakat untuk aku memacu sekolah ke arah lebih terbilang. Aku perhatikan ustaz ini sebahagian masanya banyak dihabiskan di sekolah. Beliau buat perkara yang perlu dibuat dan patut dibuat. Ianya menjadi acuan dan model untuk dicontohi.

Itu adalah sebahagian kecil pengalaman benar yang aku lalui sebagai ketua dan pemimpin di sekolah. Sebagai ketua dan pemimpin kita mesti memandang jauh dan melihat sesuatu dalam pandangan berbeza. Misalnya kita perlukan diagnos persekitaran. Kalau guru besar sebelum kita selalu tinggalkan sekolah tetapi sekolah dapat berjalan dengan baik walaupun tidak cemerlang tentunya sekolah ini akan dapat dipugar potensinya kalau kita sentiasa bersama-sama guru dan warganya . Kita yakin pasti sekolah ini akan mampu melonjak tinggi. Walau apa sekalipun pengetahuan dan kemahiran kita adalah sangat penting. Tanpa memahami dan melakukan sesuatu kita pasti tiada pengalaman yang akan mengasuh kita menjadi manusia yang bijaksana dan bijaklaksana.

Perkara yang paling tidak disukai oleh mana-mana ahli organisasi ialah ketiadaan integriti dan hipokrasi. Seorang ketua yang cakap tidak serupa bikin, kepura-puraan dalam berbagai wajah, tiada ikhlas pastinya melakukan kerjabuatnya tidak bijaklaksana. Justru itu ramai yang berkata bahawa "katakanlah yang benar walaupun pahit". Berasaskan pengalaman, ramai kawan-kawan melahirkan perasaan tidak puas hati tentang GPK dan guru-guru mereka. Bila ditanya pernah tak dipanggil dan berhadapan, mereka tidak melakukannya. Ciri pengecut dan "nak jaga hati melampau" ini sepatutnya tidak ada pada seseorang pemimpin. Aku tidak melalui denai kebiasaan ini. Aku melalui denai lain yang jarang dilalui orang tapi cukup menyeronokan.

Banyak cerita dan pengalaman bagaimana kita mampu menjadi pemimpin yang bijaksana dan bijaklaksana.
Pemimpin sekolah yang disegani kerana sahsiahnya. Pemimpin sekolah yang dihormati kerana ilmu dan kebolehanya. Aku ingin akhir catatan ini dengan kisah ceritera yang diceritakan oleh seorang sahabat mengenai dua tempayan. Tempayan pertama cantik molek tetapi tempayan kedua telah retak. Tempayan-tempayan ini digunakan untuk mengisi air oleh tuannya dari sungai ke rumahnya. Tiap hari tuannya akan mengandar kedua tempayan ini dari sungai ke rumahnya.

Namun setiap kali apabila tempayan-tempayan ini dikandar maka tempayan yang cantik akan sentiasa mengejek tempayan lama kerana sudah buruk, retak dan bocor. Apabila sampai di rumah hanya satu pertiga sahaja air dalam tempayan yang retak itu. Sementara tempayan yang cantik dengan sombong dan bangganya mengatakan dialah yang paling baik dan berguna.

Suatu hari tempayan yang retak dan buruk meluahkan perasaan kecewa dan sedih kepada tuannya agar dia diganti dengan yang baru. Tuannya tersenyum dan menjelaskan dia sengaja tidak mahu menukarnya dengan yang baru kerana ianya sangat memberi manafaat dan berguna. Tuannya memberitahu bahawa beberapa bulan yang lalu beliau menabur biji benih bunga di sepanjang laluan dari sungai ke rumahnya. Biji benih bunga itu tumbuh bercambah dan hari ini merimbun subur dengan bunga-bunga yang cantik kerana beroleh air yang cukup dari tempayan yang retak itu. "Tanpa air dari kamu, tiada bunga yang secantik ini", kata tuan tempayan kepada tempayan yang retak itu. Tempayan retak sangat terharu...

" Walaupun Guru Besar turun dari kayangan atau keluar dari lapisan bumi yang ketujuh tanpa sokongan tuan/puan para guru dan staf sekolah ini siapalah saya. Tidak kira apa gred, tugas dan peranan tuan/puan, tuan/puan sangat bermakna dan memberi sumbangan berguna kepada sekolah ini", kata aku mengakhir mesyuarat pertama sebagai Guru Besar di sekolah baru itu. Mereka dengan wajah ceria tersenyum menerpa bersalaman denganku….

- Unit Sekolah Rendah

Cara Ketahui Telur Segar Atau Tidak?


Ingin mengetahui kualiti telur yang dibeli. Caranya, masukkan telur ke dalam bekas berisi air, kita boleh mengetahui kesegaran telur tersebut:
  • Sangat Segar - Telur yang amat segar akan tenggelam ke bawah dan terbaring dengan elok.
  • Berusia Seminggu -Telur yang dah seminggu akan tenggelam tetapi bahagian hujung yang ‘gemuk’ pada telur akan terangkat sedikit.
  • Berusia 3 minggu - Telur yang berusia 3 minggu akan seimbang pada bahagian yang runcing manakala bahagian yang ‘gemuk’ akan naik ke atas.
  • Telur Busuk/Tidak elok - Telur yang dah lama akan terapung, terlonjak ke permukaan air.

- 101Healthy Recipes

Sunday, December 30, 2012

Tayar Pesawat Terhempas Terkena Kereta

Moscow: Sebuah pesawat penumpang di lapangan terbang ketiga paling sibuk di Rusia terhempas dan mengorbankan empat orang penumpang. Laporan berkata terdapat antara lapan dan 12 krew di ats kapal Red Wing Tupolev-204, mendarat di lapangan terbang Vnukovo.




 
Video di bawah menunjukkan kejadian yang sempat dirakam semalam, memaparkan keadaan sangat mengejutkan di mana sebuah kereta yang sedang bergerak terkena tayar pesawat yang terpelanting dari pesawat terhempas.



- AP

 


Tradisi tidur petang di atas meja

Shaanxi, Barat China: Murid-murid sekolah rendah (pendidikan awal) di Goksine berdekatan Xi'an digalakkan tidur sementara di dalam kelas. Oleh kerana bangunan sekolah adalah terlalu kecil untuk menyediakan bilik rehat, dan kebanyakan pelajar pula tinggal terlalu jauh untuk pulang ke rumah bagi makan tengahari, mereka terpaksa menghabiskan masa tengah hari dengan tidur di atas meja.

Tradisi tidur setengah jam selepas makan tengah hari ini dikenali sebagai Wujiao dan menjadi amalan biasa bagi pelajar sekolah-sekolah di Tanah Besar China dan Taiwan. Walaupun tabiat sedemikian mungkin kelihatan aneh, guru menegaskan bahawa kanak-kanak kelihatan sangat gembira dengan keadaan "tidur" mereka.





- oddities123


Tumpuan Bahasa Inggeris Dan Sains Mulai Tahun Depan

KUALA TERENGGANU - Bermula tahun hadapan, kerajaan negeri Terenggau akan memberi penekanan kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Sains kerana dua subjek berkenaan merupakan penyebab kegagalan negeri itu mengekalkan kedudukan nombor satu pada peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata arahan telah dikeluarkan kepada Pejabat Pelajaran Negeri supaya memulakan kelas tambahan, kem atau program motivasi dengan penekanan kepada dua mata pelajaran berkenaan.

"Begitu juga di peringkat peperiksaaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), kita mahu subjek Bahasa Inggeris dan Sains diberi tumpuan utama.

"Ada juga cadangan beberapa pihak untuk mengadakan program Bahasa Inggeris berbentuk digital bagi meningkatkan keupayaan pelajar," katanya kepada pemberita di sini Sabtu, selepas merasmikan Program Jom Ke Sekolah.

Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga telah meluluskan RM11 juta bagi meneruskan Program Pembangunan Negeri Anjung Ilmu.

"Kita juga bercadang pada tahun depan (2013) untuk memberi pengiktirafan kepada sekolah yang mencapai 20 peratus A pada UPSR, 10 peratus A (PMR), 5 peratus A (SPM) dan 2 peratus A (STPM)," katanya.

- BERNAMA

Saturday, December 29, 2012

Cuepacs mahu kerajaan umum segera jadual gaji

KUALA LUMPUR - Cuepacs hari ini mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji yang lengkap untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan mereka dapat menikmati pergerakan gaji yang mantap.
  
Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng berkata, dengan adanya jadual gaji yang baru, ia juga dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau 'gaji mati' tahun depan.
  
"Awal tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji yang lengkap, bermakna mereka tidak dapat pergerakan gaji," katanya kepada Bernama di sini.
  
Sementara itu, Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata, cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil guru dari India yang mahir dalam Bahasa Inggeris mengajar di sini merupakan cadangan yang baik.
  
Beliau berkata kemasukan guru dari negara luar dapat berkongsi kepakaran dan idea serta amalan baik dengan guru di negara ini bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif.
  
"Tetapi, untuk jangka panjang, kita perlu membina dan membentuk satu kumpulan guru yang betul-betul berkualiti dan bertaraf antarabangsa, justeru mereka juga boleh berkongsi idea, kefasihan dalam Bahasa Inggeris dengan negara luar," katanya.

- Bernama

9 Juta Orang Melihat Persembahan Hebat Ini!

Video di bawah memaparkan seorang pemuda ‘mencari makan’ dengan berbekalkan barangan usang seperti beberapa buah baldi buruk dan sebuah alat penghawa dingin yang telah rosak.

Inilah pemain drum paling menakjubkan yang bermain di Quincy Market, Amerika Syarikat. Quincy Market merupakan sebuah bangunan bersejarah berhampiran Dewan Faneuil di pusat bandar Boston, Massachusetts. Di sinilah pemuda ini tanpa jemu setiap hari membuat persembahannya. Persembahannya telah dimuat naik ke YouTube dan sehingga kini telah dilihat oleh 9 juta orang.

- YouTube


Friday, December 28, 2012

Renungan: Pengajaran Dari Pohon Semalu

Tentu anda mengenali dan biasa terlihat akan pohon semalu ini. Pokok renek ini tentu ada manfaatnya yang tidak diketahui. Tetapi kita boleh mengambil ikhtibar darinya sepertimana penceritaan dibawah:

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek;

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari kisah pohon semalu ini walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Mudah-mudahan kita semua memperolehi kerahmatan hendaknya.

Penjawat awam bakal dapat 'perlindungan'

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Kira-kira 1.4 juta kakitangan awam bakal mendapat perlindungan sebaik-baiknya jika cadangan penambahbaikan perkhidmatan awam yang dikemukakan Suruhanjaya Khas bagi Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam diterima kerajaan.

Pengerusi suruhanjaya khas itu, Tun Zaki Azmi berkata, penambahbaikan itu meliputi 19 cadangan yang akan dikemukakan kepada Kabinet selewat-lewatnya Januari ini.

Jelas beliau, antara bentuk perlindungan itu adalah isu kenaikan gaji penjawat awam yang dibincangkan bersama enam anggota suruhanjaya tersebut.

"Kajian ini juga menentukan kakitangan awam akan dapat perlindungan daripada kerajaan, namun terpulang kepada kerajaan menerima atau tidak cadangan ini.

"Walau bagaimanapun, isu kenaikan gaji bukan perkara utama, tetapi fokus kita adalah menambah baik sistem penyampaian kerajaan kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada Jun lalu, kerajaan menubuhkan suruhanjaya itu bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam negara.

Suruhanjaya tersebut diberi mandat mengemukakan perakuan kepada kerajaan dalam tempoh enam bulan dan perakuan itu akan dipertimbangkan mengikut kemampuan kewangan kerajaan.

Dalam pada itu, Zaki berkata, suruhanjaya yang turut dianggotai bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman tersebut telah selesai membuat perbincangan bagi tujuan itu.

Jelas beliau, laporan kajian tersebut akan memberikan situasi menang-menang antara penjawat awam dan rakyat keseluruhannya.

"Laporan kajian ini hampir 100 peratus siap dan kita masih menerima cadangan daripada mana-mana pihak jika mahu berbuat demikian.

"Apa yang penting kita mahu memperbaiki mutu sistem penyampaian dan jika rakyat sudah boleh menerima, rakyat pun tidak akan marah kalau mahu naik gaji," katanya

- Utusan

Thursday, December 27, 2012

Awas! Pokok Hiasan Boleh Membawa Maut

Mungkin ramai yang pernah melihat pokok hiasan ini. Pokok ini sering terdapat di mana-mana dan ada dijadikan sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya, Rwanda dan Uganda. Senang tumboh di iklim negara ini. Tapi tahukah anda pokok hiasan ini adalah sangat beracun.

Ia boleh mengakibatkan kematian sekiranya kanak-kanak mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata pula boleh menyebabkan buta.

Kesan apabila mengigit daun beracun ini, lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalang penafasan yang boleh menyebabkan kematian. Berhati-hatilah dengan pokok hiasan ini.


Wednesday, December 26, 2012

15 Sekolah Ditutup Sementara Jika Banjir Belum Reda

KUALA TERENGGANU - Sebanyak 15 sekolah di seluruh Terengganu berkemungkinan terpaksa ditutup sementara sekiranya kawasan itu terus dilanda banjir apabila sesi persekolahan 2013 bermula enam hari lagi.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) Zakaria Hussin berkata pihaknya telah bersedia dengan pelbagai kemungkinan akibat banjir besar yang melanda negeri itu yang dikatakan terburuk sejak 10 tahun lalu.

"Jika banjir masih belum reda, sesi persekolahan 2013 melibatkan sekolah yang akan ditangguhkan dan akan diganti setiap hari Sabtu seperti mana yang pernah berlaku seperti tahun-tahun sebelum ini.

"Sehingga kini, guru dan kakitangan di sekolah yang terjejas telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyelamatkan harta benda sekolah dan dokumen penting ke tempat yang selamat," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa akan mendapatkan maklumat daripada Pejabat Pelajaran Daerah, balai polis atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengenai status banjir di sekolah anak mereka.

Terengganu akan memulakan sesi persekolahan pada 1 Januari 2013 (Selasa) depan.

- BERNAMA

Tuesday, December 25, 2012

Gambar suasana banjir yang melanda di Pantai Timur

Keadaan banjir di Terengganu, Kelantan dan Pahang semakin buruk petang ini dengan maklumat terkini menunjukkan lebih 10,800 mangsa dipindahkan berbanding lebih 6,000 mangsa pada sebelah pagi.

Seramai 5,297 mangsa dipindahkan di Terengganu berbanding 2,594 pagi tadi, Manakala mengikut laporan, sebahagian benteng Empangan Paya Peda di Besut yang masih dalam pembinaan terpaksa dipecahkan semalam untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar. Di Kelantan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 3,218 berbanding 1,963 pada sebelah pagi, menurut portal rasmi kerajaan negeri masing-masing.

Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara pula, sejumlah 2,376 mangsa dipindahkan di Pahang berbanding 1,743 pagi tadi, manakala mangsa banjir di Johor kekal 16 orang.

Gambar suasana banjir yang melanda di Pantai Timur Semenanjung sekarang ini. Video di bawah memaparkan banjir kilat yang melanda Bandar Kuantan. 

  Bandar Kuantan berhampiran dengan MegaMall

  Kawasan Sek.Seberang Tayor, Kemaman

  Laluan Cherating - Kemaman – Kuantan

  MegaMall Kuantan

  Parking bawah tanah Zenith Hotel Kuantan

  Suasana bandar Kuantan

  Depan MegaMall Kuantan

Video banjir kilat di Kuantan

Beberapa link berguna untuk mengetahui situasi banjir:



Monday, December 24, 2012

Rayuan Kemasukan Ke SBP 2013

Tahniah kepada semua pelajar yang berjaya mendapat tawaran memasuki ke Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh 2013. Kepada yang gagal, anda boleh membuat rayuan kemasukan ke SBP Tingkatan 1 2013 bermula pada 25 Disember ini. Perlu diingatkan bahawa keputusan rayuan ini hanyalah untuk mengisi kekosangan yang sedia ada.

Cara Membuat Rayuan SBP 2013 Tingkatan 1
Sila kunjungi aplikasi e-rayuan SBP bermula pada 25 Disember 2012. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sunday, December 23, 2012

Casing iPhone dilengkapi Pisau dan Pemutar Skru

Gambar dan video di bawah memaparkan mengenai iPhone cases yang mungkin sesuai untuk mereka yang suka aktiviti luar. Casing ini dilengkapi dengan 16 jenis alatan dan diantaranya adalah pemutar skru bersaiz besar dan kecil, pembaris, pembuka botol, pemotong dawai dan lain-lain lagi.

Casing ini dikenali sebagai Task One yang direka oleh Addison Shelton juga merupakan bekas seorang jurutera Apple. 








  Video memaparkan mengenai iPhone cases

- indiegogo.com/TaskOne


 

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi