Menyoroti
pengalaman saya sebagai guru bermula 1989, sehingga kini seramai 9 orang guru besar (4 buah sekolah) yang pernah
saya berada di bawah pentadbiran mereka dengan pelbagai ragam gaya kepimpinan
ditonjolkan. Melalui pemerhatian dan komunikasi dengan mereka, berbagai
pengalaman dan pengajaran yang boleh saya kutip untuk dijadi ikutan dan juga
sempadan. Ada yang bersikap positif dengan ciri kepimpinan yang baik dan ada
sebaliknya.
Justeru
itu dapat dititipkan di sini sebagai perkongsian, kunci untuk seseorang itu
menjadi pemimpin yang berkesan bolehlah merujuk kepada aspek berikut:
1.
Mentaliti
- Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
- Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
- Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak.
- Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.
2.
Kemasyarakatan
- Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
- Sikap positif dan terbuka.
- Daya penggerak dan semangat juang yang kuat
- Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.
3.
Moraliti
- Mempunyai disiplin diri yang unggul.
- Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
- Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.
Pemimpin
memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang
paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang
tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Seorang
pemimpin juga harus mempunyai:
- Empati - iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
- Kesedaran - akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.
- Kebolehan - untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.
Selain
itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah
mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik:
- Harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman.
- Mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.
- Berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
- Mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pemimpin yang baik juga tidak berkasar dengan orang-orang bawahannya.
- Pandai mengurus masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana saja dia berada.
- Tahu dan mahu berbincang dengan orang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti bukan hanya pandai mengeluarkan arahan saja.
- Mempunyai banyak pengetahuan (boleh dikutip melalui pembacaan/ perkongsian bicara) dan pengalaman mengenai tugas dan tingkahlaku manusia.
- Pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka.
- Tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif.
Tidak
dinafikan dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai ragam manusia; ada yang
malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh
diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini.
Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.
Seseorang
pemimpin juga boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya
dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan
membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa “bersembunyi”
dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan
kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan, “ibarat motosikar, walaupun
hebat mana jenamanya tapi jika tidak digunakan tentu ia tidak membawa erti dan
apabila hendak dihidupkan tentu sukar jadinya”
Kepimpinan
bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya
satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi
kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang
bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan.
Semoga
titpan ini dapat memberi manfaat untuk dikutip pengajarannya.
0 comments:
Post a Comment