Tuesday, April 26, 2011

KESATUAN GURU SYOR KEKALKAN BISP

SELEPAS dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) digantikan kepada Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI), guru yang menerima Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP) resah dengan dakwaan elaun berkenaan mungkin dimansuhkan tahun depan.


Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata walaupun pihaknya menyambut baik transformasi pendidikan itu, namun mengharapkan jika ada cadangan menarik balik elaun berkenaan, pelaksanaannya perlu dilakukan beransur-ansur.


Beliau berkata, KGMMB meminta supaya guru yang tidak mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris saja ditarik BISP, manakala yang masih mengajar kedua-dua mata pelajaran itu dalam bahasa Inggeris dikekalkan sehingga pelaksanaan MBMMBI 2016.


“Penggantian PPSMI kepada MBMMBI dilakukan secara beransur-ansur melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula tahun ini. Jadi, dicadangkan pemotongan dan penarikan balik bayaran BISP juga perlu dibuat dengan kaedah sama,” katanya.


Memandangkan perubahan mengikut keperluan semasa, wajar bagi kementerian membuat penelitian kerana proses pengajaran kini semakin kompleks dan pembayaran BISP dilihat sebagai imbuhan wajar.


Sementara itu, Mohamed Sabri berkata, bagi memantapkan proses pengajaran sedia ada, kesatuan mencadangkan guru opsyen bahasa Inggeris mengajar sekurang-kurangnya 20 hingga 25 waktu seminggu, kecuali sekolah yang mempunyai lebihan guru opsyen dan sekolah kurang murid.


Pelaksanaan itu kata beliau, bertujuan mengekalkan kepakaran dan kecemerlangan dalam bidang dikuasai mereka.


Secara dasarnya KGMMB katanya, bersetuju dengan transformasi pendidikan itu kerana kajian `Global Trends in Mathematics and Science Studies’ majalah Times mendapati kedudukan Malaysia dalam pencapaian bagi mata pelajaran peringkat 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira merosot.


“Hasil kajian mendapati pencapaian negara menurun pada kedudukan 20 pada 2007 berbanding 10 pada 2003, sedangkan tiga pencapaian tiga peperiksaan umum mencatatkan peningkatan A,” katanya.


Mohamed Sabri berkata, penstrukturan bayaran BISP itu juga baik untuk mengurangkan rasa tidak puas hati guru yang tidak menerima imbuhan berkenaan walaupun mereka mengajar subjek penting seperti bahasa Malaysia di sekolah aliran Cina dan Tamil serta bahasa Arab di Sekolah Kebangsaan.


Bagi memantapkan KSSR pula, beliau berkata, kesatuan mencadangkan jika BISP yang ditarik balik, peruntukan sedia ada perlu digunakan untuk memperkasakan bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan mewujudkan makmal bahasa melalui pengubahsuai makmal komputer sedia ada.


Sumber: Berita Harian

KEJOHANAN SUKAN SK UNDANG 2011


Kejohanan Sukantara dan Sukaneka ini dilaksanakan untuk mencungkil bakat dan mengasah serta mengetengahkan kebolehan murid-murid untuk memajukan sukan sekolah dan memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan.

Tuesday, April 19, 2011

JENIS MAKANAN LARANGAN DI KANTIN SEKOLAH DIKAJI

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran bagi memantau larangan penjualan minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan di kantin sekolah akan memperincikan jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dijual di kantin sekolah untuk edaran dalam masa terdekat.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya turut memberi jaminan harga makanan berkhasiat disediakan pengusaha kantin dijual pada harga berpatutan.


“Mana-mana pengusaha kantin yang ingkar dengan larangan itu akan disenarai hitam dan pemantauan berterusan akan dilakukan oleh jawatankuasa khas yang dibentuk,” katanya selepas majlis pelancaran Sistem Integrasi Dewan Bedah Definisi Tinggi (OR1), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini semalam.


Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Nordin Yaman, berkata anak sihat dikawal ibu bapa atau penjaga yang bijaksana, bukan berpunca daripada minuman dan makanan di kantin sekolah.


“Budaya pemakanan sihat dikawal oleh ibu bapa atau penjaga, malah mereka perlu mengehadkan pemberian wang saku yang banyak kepada murid,” katanya.


Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata masalah penjualan minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan masih wujud tetapi terkawal.


“Saya mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan di antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak sekolah bagi mengadakan pemeriksaan mengejut di kantin dan kawasan luar sekolah,” katanya.


Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata mesin minuman berkarbonat hanya terdapat di sekolah besar, manakala makanan jarang mengandungi gula berlebihan.


Tinjauan mendapati pengusaha kantin sekolah didapati tidak menjual minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan, walaupun belum menerima surat larangan jualan makanan itu yang berkuat kuasa serta-merta 4 April lalu.


Sebaliknya mendapati banyak air kotak, minuman perisa buah-buahan dan isotonik yang dijual, selain makanan seperti nasi lemak, mi goreng, mihun goreng, kuew tiaw goreng, nasi goreng, laksa dan makanan berlauk.


Walaupun kantin sekolah tidak menjual minuman berkarbonat, terdapat sesetengah pihak swasta yang menyumbang mesin air minuman berkarbonat kepada sekolah tertentu.


Pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Kamarul Anuar Muhaiyiddin, 32, berkata mesin air minuman berkarbonat perlu dikeluarkan dari kawasan sekolah jika larangan itu mahu diseragamkan.

Friday, April 15, 2011

Tuesday, April 12, 2011

MAJLIS KONVOKESYEN KE-10 OUM

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang telah tamat belajar dengan jayanya ( BPG-OUM Ambilan September 2007 - Kohort 3 ), sila buat semakan status graduan masing-masing di sini SEMAK STATUS GRADUAN dan buat pengesahan kehadiran anda. Tahniah buat semua dan selamat berkonvokesyen pada 18 - 20 Jun 2011 nanti.





Saturday, April 2, 2011

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi