Tuesday, November 27, 2012

Takwim Persekolahan 2013


Bahagian pengurusan sekolah harian telah mengeluarkan Takwim Persekolahan sesi 2013 dengan perincian persekolahan mengikut penggal, menerusi portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Takwim tersebut boleh dimuat turun di sini > Takwim Persekolahan 2013

PERINCIAN PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN A :
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu

PERINCIAN PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN B :
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya

Monday, November 26, 2012

Adblock: Layari Internet Tanpa Gangguan Iklan

Selalu kedapatan semasa kita melayari sesebuah laman web, pelbagai iklan akan muncul, kadang-kadang iklan lebih banyak daripada kandungan laman web itu sendiri. Bagi saya ia mengganggu tumpuan atau terpaksa menutup setiap iklan yang keluar itu, jika tidak mahu ia muncul lagi.

Lihat sahaja perbezaan laman web The Star sebelum dan selepas menggunakan AdBlock:
 
Untuk menyekat iklan-iklan tersebut dari muncul, anda boleh menggunakan Adblock. Ia adalah sebuah plugin yang boleh dipasang pada kebanyakan pelayar web termasuklah Internet Explorer, Google Chrome, dan Firefox.

Ikuti pautan di bawah bagi memasang AdBlock pada setiap pelayar web:

Pasang dan aktifkan sahaja AdBlock dan anda akan dapat melayari Internet tanpa diganggu oleh iklan-iklan lagi.

Saturday, November 24, 2012

2,313 Murid Miskin Ditawar Ke Sekolah Berasrama Penuh

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Seramai 2,313 murid miskin termasuk 925 dari keluarga miskin tegar akan ditawar ke Tingkatan Satu, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tahun depan dengan diberi bantuan oleh Kementerian Pelajaran.

Menurut Bahagian Pengurusan SBP dan Sekolah Kecemerlangan Kementerian Pelajaran, mereka merupakan antara 7,710 murid yang dipilih bagi ditempatkan di Tingkatan Satu SBP.

Murid dari keluarga miskin tegar yang akan dipilih perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3A 2B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012, menurut kenyataan bahagian tersebut hari ini.

Ia berkata kementerian telah menerima 105,357 permohonan untuk kemasukan ke Tingkatan Satu SBP, dengan seramai 62,338 pemohon terdiri dari murid perempuan dan 43,019 murid lelaki.

Tempat yang diperuntukan ialah untuk seramai 7,710 murid, 3,645 untuk murid perempuan dan 4,065 murid lelaki, menurut kenyataan tersebut.

-- BERNAMA

Thursday, November 22, 2012

Program Ijazah di Politeknik Tahun Depan

SEREMBAN: Beberapa program ijazah akan dilaksana di 32 buah politeknik di seluruh negara dengan kerjasama universiti tempatan mulai tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar (K) Md Nor Yusof.

Beliau berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada langkah stategik untuk memperkasa lulusan diploma politeknik.

"InsyaAllah, tahun depan kita akan mulakan program berkembar dengan Universiti Teknologi Mara. Untuk itu kita akan memberi pendedahan kepada pegawai kita dalam melaksanakan program ijazah di politeknik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Transformasi Modal Insan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di sini, hari ini.

Md Nor berkata di peringkat kolej komuniti pula, pihaknya akan melaksana 'diploma pembelajaran berasaskan kerja' tahun depan di 81 buah kolej komuniti di seluruh negara.

"Program diploma ini dibuat dengan kerjasama industri. Jadi kita akan cari rakan industri. Pembelajaran pelajar ialah lebih di industri.

"Apabila pelajar selesai dengan program ini, peluang mereka untuk diserap terus dalam bidang pekerjaan sangat tinggi. Buat masa ini kita telah mengenal pasti industri minyak dan gas di Miri, Sarawak untuk kolaborasi dengan kita," katanya.

- Bernama

Monday, November 12, 2012

SEMAK KEPUTUSAN UPSR MELALUI SMS


Klik pada gambar untuk kelihatan besar dan jelas

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 boleh disemak melalui mySMS 15888 bermula jam 10 pagi, 19 November 2012 sehingga jam 11:56 malam, 25 November 2012. Semakan boleh dibuat dengan menaip UPSR diikuti angka giliran dan hantar SMS ke 15888. Caj perkhidmatan akan dikenakan iaitu RM0.15 untuk penghantaran dan RM0.20 untuk caj penerimaan. Selamat Berjaya.

Wednesday, November 7, 2012

Dinaikkan Ke Gred DG41 Tanpa Temuduga

Berkuatkuasa 1 Januari tahun depan, guru, guru besar dan pentadbir sekolah berprestasi cemerlang, akan dinaikkan ke gred DG41 tanpa temuduga.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu sudah dipersetujui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, SPP.

"Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran telah bersetuju melantik secara terus calon guru berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan iktisas selepas tamatkan pengajian tanpa proses temuduga. Melantik terus tanpa temuduga guru- guru, guru-guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperolehi ijazah sama ada separuh masa atau di bawah program pengajian jarak jauh ke gred DG41".

Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran membuat pengumuman itu ketika merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan di Seremban, pagi tadi.

Menurutnya, calon terbabit boleh membuat permohonan terus kepada SPP untuk dikecualikan dari proses temuduga.

Turut diumumkan, Persetujuan SPP melantik calon guru berpreastasi cemerlang tanpa temuduga.

Manakala bagi calon guru cemerlang pula, SPP akan terbabit di peringkat awal pemilihan.

Tuesday, November 6, 2012

KEPUTUSAN UPSR 19 NOVEMBER INI

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Sumber: Lembaga Peperiksaan
               Kementerian Pelajaran Malaysia

Monday, November 5, 2012

Friday, November 2, 2012

SKU: PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 5-2012

Alhamdulillah tercapai juga hajat saya untuk mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa murid Tahun 5 khasnya murid Tahun 5 Ibnu Sina yang telah diadakan pada hari Khamis 1 Nov 2012 baru-baru ini. Sepanjang saya bertugas di sekolah ini iaitu bermula tahun 2011, saya melihat sekolah ini tidak pernah mengadakan perjumpaan ibu bapa dengan murid Tahun 5 yang akan menghadapi peperiksaan tahun berikutnya. Oleh kerana saya yang akan mengambil alih mengajar kelas utama Tahun 6 bagi sesi 2013 telah mendapatkan persetujuan pihak pengurusan sekolah untuk mengadakan program perjumpaan bersama ibu bapa ini.

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk menyampaikan buku latihan Matematik sebagai latihan mereka semasa cuti persekolahan akhir tahun nanti. Buku latihan yang saya hasilkan ini adalah sebagai persediaan awal untuk menghadapi UPSR  2013. Di samping itu sempat juga saya mengenali ibu bapa muirid dan menyampaikan motivasi serta penerangan pencapaian subjek Matematik anak mereka, sebagai langkah awal atau titik permulaan menghadapi UPSR tahun hadapan.  

 Harapan saya, langkah yang saya ambil ini boleh membuka mata pihak pengurusan sekolah untuk dijadikan aktiviti tahunan dan boleh diterima oleh guru-guru subjek lain untuk meningkatkan lagi pencapaian khususnya pencapaian UPSR yang akan dihadapi murid ditahun berikutnya.

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi