Wednesday, November 7, 2012

Dinaikkan Ke Gred DG41 Tanpa Temuduga

Berkuatkuasa 1 Januari tahun depan, guru, guru besar dan pentadbir sekolah berprestasi cemerlang, akan dinaikkan ke gred DG41 tanpa temuduga.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, perkara itu sudah dipersetujui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, SPP.

"Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran telah bersetuju melantik secara terus calon guru berprestasi cemerlang pada tahap akademik dan iktisas selepas tamatkan pengajian tanpa proses temuduga. Melantik terus tanpa temuduga guru- guru, guru-guru besar dan pentadbir cemerlang yang memperolehi ijazah sama ada separuh masa atau di bawah program pengajian jarak jauh ke gred DG41".

Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran membuat pengumuman itu ketika merasmikan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan di Seremban, pagi tadi.

Menurutnya, calon terbabit boleh membuat permohonan terus kepada SPP untuk dikecualikan dari proses temuduga.

Turut diumumkan, Persetujuan SPP melantik calon guru berpreastasi cemerlang tanpa temuduga.

Manakala bagi calon guru cemerlang pula, SPP akan terbabit di peringkat awal pemilihan.

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi