Friday, November 2, 2012

SKU: PERJUMPAAN IBU BAPA MURID TAHUN 5-2012

Alhamdulillah tercapai juga hajat saya untuk mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa murid Tahun 5 khasnya murid Tahun 5 Ibnu Sina yang telah diadakan pada hari Khamis 1 Nov 2012 baru-baru ini. Sepanjang saya bertugas di sekolah ini iaitu bermula tahun 2011, saya melihat sekolah ini tidak pernah mengadakan perjumpaan ibu bapa dengan murid Tahun 5 yang akan menghadapi peperiksaan tahun berikutnya. Oleh kerana saya yang akan mengambil alih mengajar kelas utama Tahun 6 bagi sesi 2013 telah mendapatkan persetujuan pihak pengurusan sekolah untuk mengadakan program perjumpaan bersama ibu bapa ini.

Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk menyampaikan buku latihan Matematik sebagai latihan mereka semasa cuti persekolahan akhir tahun nanti. Buku latihan yang saya hasilkan ini adalah sebagai persediaan awal untuk menghadapi UPSR  2013. Di samping itu sempat juga saya mengenali ibu bapa muirid dan menyampaikan motivasi serta penerangan pencapaian subjek Matematik anak mereka, sebagai langkah awal atau titik permulaan menghadapi UPSR tahun hadapan.  

 Harapan saya, langkah yang saya ambil ini boleh membuka mata pihak pengurusan sekolah untuk dijadikan aktiviti tahunan dan boleh diterima oleh guru-guru subjek lain untuk meningkatkan lagi pencapaian khususnya pencapaian UPSR yang akan dihadapi murid ditahun berikutnya.

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi