Thursday, November 22, 2012

Program Ijazah di Politeknik Tahun Depan

SEREMBAN: Beberapa program ijazah akan dilaksana di 32 buah politeknik di seluruh negara dengan kerjasama universiti tempatan mulai tahun depan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik, Mejar (K) Md Nor Yusof.

Beliau berkata langkah itu merupakan sebahagian daripada langkah stategik untuk memperkasa lulusan diploma politeknik.

"InsyaAllah, tahun depan kita akan mulakan program berkembar dengan Universiti Teknologi Mara. Untuk itu kita akan memberi pendedahan kepada pegawai kita dalam melaksanakan program ijazah di politeknik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Transformasi Modal Insan Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di sini, hari ini.

Md Nor berkata di peringkat kolej komuniti pula, pihaknya akan melaksana 'diploma pembelajaran berasaskan kerja' tahun depan di 81 buah kolej komuniti di seluruh negara.

"Program diploma ini dibuat dengan kerjasama industri. Jadi kita akan cari rakan industri. Pembelajaran pelajar ialah lebih di industri.

"Apabila pelajar selesai dengan program ini, peluang mereka untuk diserap terus dalam bidang pekerjaan sangat tinggi. Buat masa ini kita telah mengenal pasti industri minyak dan gas di Miri, Sarawak untuk kolaborasi dengan kita," katanya.

- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi