Monday, December 3, 2012

J-QAF diperkenal di sekolah menengah

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Kementerian Pelajaran sedia memperkenalkan pengajaran subjek Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardu Ain (J-QAF) di sekolah menengah selepas masalah bekalan guru program itu di peringkat sekolah rendah diselesaikan sepenuhnya awal tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perkara itu mengambil kira keperluan program tersebut diteruskan di sekolah menengah terutama bagi murid-murid yang tidak berpeluang mengikuti pembelajaran tambahan di sekolah agama.

"Kementerian Pelajaran dimaklumkan sejak adanya J-QAF, pengetahuan dan kelancaran murid-murid membaca Jawi dan al-Quran semakin baik.

"Cuma buat masa ini, kementerian perlu menyelesaikan masalah kekurangan guru J-QAF di peringkat sekolah rendah sebelum dilanjutkan ke sekolah menengah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan wakil UMNO Sabah, Datuk Mohd. Ariffin Mohd. Arif sewaktu membahaskan usul agama dan pendidikan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 semalam yang mahu Kementerian Pelajaran mengembangkan pengajaran J-QAF di sekolah menengah dalam mengupayakan pelajar mengaji al-Quran mempelajari asas bahasa Arab, fardu ain dan fardu kifayah.

Puad menambah, masalah bekalan guru J-QAF bakal diselesaikan dalam sesi persekolahan 2013 dengan pelaksanaan model Latihan Berasaskan Sekolah bagi guru-guru berkenaan.

Jelas beliau, guru-guru yang diambil akan diserap terus di sekolah dan dalam masa sama menjalani latihan mengajar di sekolah.

"Cara ini lebih cepat kerana sekiranya guru-guru berkenaan dihantar, kursus akan mengambil masa lama," katanya.

- Utusan

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi