Wednesday, January 9, 2013

Ribut Tropika Sonamu kini dijangka menuju ke Sarawak

Ramalan laluan ribut Sonamu menuju ke Sarawak
(Klik gambar untuk kelihatan lebih jelas)
Sumber: weather.com.ph

Mengikut Jabatan Metereologi Malaysia, Tropical Sonamu yang sekarang ini berada 500km jauhnya dari pantai Dungun Terengganu dikatakan dalam keadaan “pegun” . Pusat kajian cuaca antarabangsa pula meramalkan Tropical Storm Sonamu akan menuju ke Sarawak dengan kelajuan 64 km/h . Sonamu yang sebelum ini sudah turun tahap di bawah kelajuan 63 km/h kini sudah meningkat kembali kepada ribut dgn kelajuan melebihi 64 km/h – 118 km/h.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat & Kudat) & Reef South dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013. Ia dijangka akan mulai perlahan apabila sampai di daratan Sarawak hari ini. Walau bagaimanapun ini hanyalah ramalan dan kemungkinan keadaan boleh berubah bila-bila masa.

- Jabatan Metereologi Malaysia



0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi