Tuesday, January 1, 2013

Kemaskini Data APDM dan EMIS 2013

Untuk makluman semua guru khususnya guru-guru di bawah kendalian saya, saya selaku Guru Data Sekolah (lantikan baru) telah membuat pengemaskinian dalam data EMIS Online bagi status matapelajaran yang diajar dan tugas guru bagi sesi 2013. Guru-guru boleh menyemak status yang telah dikemaskini dengan menggunakan Login Guru (kalau tidak ingat katalaluan boleh hubungi admin). Sebarang kesilapan bolehlah dimaklumkan kepada saya. Untuk semakan boleh layari EMIS Online dengan klik di sini APLIKASI EMIS ONLINE.

Laman Utama Emis Online


Manakala bagi guru-guru yang memegang kelas sesi 2013 boleh mengemaskini bilangan dan maklumat murid di dalam Pangkalan Data Murid. Pengemaskinian perlu dibuat sebelum 15 Januari 2013 bagi keperluan pentaksiran (SAPS,SPPBS,PENDAFTARAN UPSR) dan bantuan murid. Pengemaskinian data murid boleh dilayari dengan klik di sini APLIKASI PANGKALAN DATA MURID (APDM).

Laman Utama APDM

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi