PUTRAJAYA:
Kementerian Pelajaran akan memberi tumpuan utama terhadap empat inisiatif dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam tempoh 100 hari pertama
tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Inisiatif
pertama ialah memperkenalkan program 'School Improvement Partners (SI Partners)
Plus and School Improvement Specialist Coaches (SISC) plus' di Kedah dan Sabah
dalam usaha membimbing guru bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris (BI) dan Matematik, terutamanya di sekolah-sekolah yang berada dalam
Band lima, enam dan tujuh.
"Kedua-dua
program itu memberi faedah kepada pengetua, guru besar dan guru. Misalnya
melalui SISC plus guru berpeluang mendapat latihan secara langsung mengikut
keperluan mereka," katanya semasa menyampaikan perutusan Tahun Baru
Kementerian Pelajaran di sini, Khamis.
Muhyiddin
yang juga Menteri Pelajaran berkata inisiatif kedua ialah menilai 70,000 guru
opsyen BI melalui Ujian Penempatan Cambridge (CPT) dan kemudian guru akan
dibahagi mengikut tiga kategori berdasarkan keputusan ujian mereka.
"Bagi
guru-guru yang tidak mencapai tahap kemahiran yang ditetapkan, latihan separuh
masa akan diberikan. Dalam 100 hari ini kementerian akan bersedia untuk melatih
5,000 guru BI," katanya.
Sambil
menyifatkan awal tahun 2013 sebagai satu tempoh yang kritikal, Muhyiddin
berkata inisiatif Sarana Ibu Bapa ke 10,000 sekolah untuk meningkatkan
kesedaran, sokongan dan kerjasama dalam kalangan ibu bapa juga akan
dilaksanakan.
Inisiatif
kempat pula ialah melancarkan Video e-Guru untuk ditonton di semua sekolah dan
akan mula diperkenalkan pada bulan ini menerusi program pembangunan
profesionalisme baharu dengan mewujudkan perpustakaan video e-Guru yang
menyediakan koleksi contoh pengajaran terbaik.
"Menerusi
video e-Guru, setiap guru akan mendapatkan gambaran bersifat amali tentang
amalan pengajaran yang dilaksanakan oleh guru cemerlang di bilik darjah dan
berharap akan dimanfaatkan bagi menjayakan dasar Sains, Teknologi, Kejuruteraan
dan Matematik," katanya.
Muhyiddin
berkata di samping empat inisiatif itu, kementerian tidak akan mengenepikan
inisiatif PPPM lain yang sepatutnya dicapai dalam gelombang pertama 2013
termasuk usaha meningkatkan kemahiran berfikiran aras tinggi (HOTS) dalam
kalangan murid.
Sehubungan
itu, kementerian akan melaksanakan latihan HOTS kepada 31,000 guru Sains dan
Matematik Tingkatan Satu, Dua dan Tiga dan menerusinya diharapkan 20 peratus
soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) adalah soalan pemikiran aras tinggi.
Muhyiddin
berkata program i-Think pula akan lebih fokus dalam pembelajaran, kemahiran
penaakulan meningkat dan berupaya menjawab soalan aras tinggi dan untuk tujuan
itu, 2,500 guru dan 500 buah sekolah akan diberi latihan.
Peningkatan
pencapaian murid dalam kepimpinan sekolah dan kualiti guru juga akan diberi
tumpuan menerusi Linus 2.0 merangkumi literasi BI, piagam dan pakej guru serta
pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Profesional Berterusan baharu.
Katanya
kementerian juga akan terus berusaha menyediakan persekitaran pembelajaran yang
kondusif melalui peningkatan infrastruktur sekolah dengan memberi tumpuan
kepada murid berkeperluan khas.
-
BERNAMA
Anda minat barangan
berikut:
0 comments:
Post a Comment