Ramalan laluan ribut Sonamu
(Klik gambar untuk kelihatan lebih jelas)
Sumber: weather.com.ph
KUALA
TERENGGANU: Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu meminta orang ramai di
beberapa kawasan di Pantai Timur tidak panik dengan khabar angin bahawa ribut
tropika Sonamu akan mencetuskan angin kencang.
Setiausaha
Keselamatan MKN Terengganu Tajul Ariffin Muhamad berkata keadaan semasa
menunjukkan kekuatan ribut yang dijangka membadai negeri-negeri Pantai Timur
itu semakin berkurangan apabila menghampiri perairan negara.
"Mengikut
ramalan, jika ribut tropika itu melanda, ia boleh menyebabkan banjir besar dan
dijangka lebih teruk dari gelombang pertama," katanya ketika dihubungi
Bernama, di sini hari ini.
Bagaimanapun
katanya, pemantauan mendapati ribut tersebut berpusar di tengah laut dan
menjauhi kawasan persisiran pantai.
Namun
begitu, beliau tetap meminta penduduk terutama yang tinggal di kawasan pantai
agar mengambil langkah berjaga-jaga.
Katanya,
agensi keselamatan seperti bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam
Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri juga telah bersedia untuk
menghadapi kemungkinan banjir gelombang ketiga.
Sementara
itu, pemantauan Bernama di sekitar daerah ini mendapati sekalipun cuaca
mendung, keadaan angin adalah seperti biasa.
Tinjauan
Bernama di beberapa lokasi di pesisiran pantai dari Chendering di sini hingga
ke pantai Batu Buruk pula mendapati keadaan ombak adalah seperti biasa dan
peniaga serta nelayan tekun meneruskan kegiatan mereka.
Jabatan
Meteorologi Malaysia sebelum ini dilapor meramalkan berlaku hujan lebat di
negeri-negeri Pantai Timur sepanjang minggu ini akibat ribut tropika Sonamu.
-
Bernama
0 comments:
Post a Comment