Semalam
merupakan minggu ke-8 pertandingan Maharaja Lawak Mega 2012 yang berlangsung di
Kuala Terengganu, Terengganu.
Kumpulan
favourite, JOZAN bagaimanapun tampil solo bila Johan masih lagi dirawat akibat
pembedahan.
Walaupun
Zizan berseorangan, namun ‘auranya’ ternyata tetap kuat apabila lawak jenakanya
berjaya membuatkan penonton yang hadir gelak besar dengan aksinya.
Apatah
lagi bertanding di ‘kampung’ sendiri.
Malam
tadi Zizan muncul dengan imej ala-ala pendakwah terkenal yang juga berasal dari
Terengganu, Ustaz Azhar Idrus.
Bagaimanapun,
bagi mengelakkan kontroversi mungkin, awal-awal persembahannya lagi dia telah
memberitahu penonton;
"Nampok macang sama, tapi bukang dia, bukang dia," kata Zizan yang membuatkan
penonton ‘pecah perut’.
Zizan
juga membawa ‘style’ Ustaz Azhar iaitu sesi soal jawab, cuma dalam lawaknya,
Zizan membawa persoalan mengenai kisah rakyat iaitu tentang Batu belah Batu
Bertangkup dan Si Tanggang.
Memang
lucu habis, apatah lagi dengan dialek Terengganu pekatnya itu. Saksikan video
di bawah:
-
mynewshub
0 comments:
Post a Comment