Thursday, January 3, 2013

Pemandu Teksi Kembalikan Semula Wang 3 Juta Dijumpainya

BANGKOK: Seorang pemandu teksi Pongsin Jirakulthawornpat, 45, mengambil keputusan untuk mengembalikan semula kotak yang mengandungi Bath 3 juta ( + RM300,000 ) dalam bentuk wang tunai kepunyaan Ltd Brink (Thailand) selepas menjumpainya di tepi jalan raya Bangkok pada waktu awal pagi semalam.

Pongsin menjumpai kotak berkenaan sewaktu melalui Jambatan Rama III sekitar jam 2:00 pagi. Beliau berkata "Saya dapati, kotak-kotak ini amat berat dan bimbang akan menyebabkan kemalangan, jadi saya membawanya pulang ke rumah.

"Pada keesokan pagi, saya dapati kotak-kotak ini mengandungi wang tunai  kepunyaan Syarikat Brink," katanya merujuk kepada syarikat keselamatan dan perlindungan di negara itu.

Sementara itu, seorang daripada kakitangan syarikat, Tossaphorn Rewnak, 35, mengakui kumpulannya telah kehilangan beg berisi kotak duit berkenaan sewaktu melakukan penghantaran tunai ke mesin juruwang automatik (ATM) Bank Komersial Siam, jam 1.45 pagi.

- The Nation

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi