Queensland,
Australia: Dua pencuri yang mensasarkan kedai barang kemas ditangkap selepas tersalah
memasuki sebuah restoran KFC menerusi lubang yang mereka gali. Ia adalah
percubaan ketiga mereka untuk merompak kedai barang kemas itu.
Sebelum
ini mereka cuba memasukinya dengan memecahkan tingkap depan tetapi gagal, Dalam
percubaan kedua, mereka cuba pula masuk menerusi pintu belakang tetapi tersasar
ke kedai haiwan yang bersebelahan kedai barang kemas itu.
Dalam cubaan seterusnya, mereka menebuk lubang dengan memecahkan dinding bilik air di belakang
blok barisan kedai dan merangkak masuk, tetapi di restoran KFC
bersebelahan pula.
Lelaki
terbabit, Peter Welsh, 32, dan Dwayne Doolan, 31, dikatakan tidak mahu kecewa
dengan kesilapan mereka, merompak pengunjung restoran makanan segera itu di
bandar Beaudesert, kata polis semalam.
Mereka
melarikan diri bersama-sama wang tunai berjumlah £1,000 selepas
mengugut kakitangan dengan batang besi dalam kejadian pada malam Tahun Baru.
Polis berjaya menangkap pasangan pencuri berkenaan selepas menyerbu rumah
Welsh.
-
dailymail
0 comments:
Post a Comment