Wednesday, January 9, 2013

Penduduk Taman Seri Desa Cendering Diancam Risiko Tanah Runtuh

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 22 keluarga di Taman Seri Desa, Bukit Cendering di sini hidup dalam kebimbangan berikutan cerun berhampiran kediaman mereka didakwa semakin mendap sejak tengkujuh melanda.

Mereka juga mendakwa berlaku pergerakan tanah pada cerun setinggi 18 meter itu berdasarkan kedudukan pokok yang ditanam di belakang rumah penduduk yang didapati beralih kira-kira empat meter.

Seorang daripada mereka, Chua Hing Ching, 72, mendakwa ada rekahan di cerun itu yang dikesan sejak setahun lalu dan semakin serius sejak musim tengkujuh melanda beberapa minggu lepas.

"Setiap hari saya dan isteri akan melihat rekahan dan mendapan itu bagi memastikan sejauh mana keadaannya kerana kami bimbang akan berlaku kejadian tanah runtuh...tambahan pula sekarang ini musim hujan.

"Saya berharap kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan dapat memantau dan mengambil tindakan atas permasalahan ini dengan segera kerana kebanyakan penduduk yang tinggal di sini adalah warga emas," katanya ketika ditemui pemberita, di sini Selasa.

- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi