Wednesday, January 9, 2013

Kementerian Pelajaran Bakal Wujud 5 Lagi Sekolah Komprehensif


SRI AMAN: Kementerian Pelajaran sedang mempertimbangkan lima sekolah kebangsaan (SK) untuk dijadikan Sekolah Model Khas Komprehensif (K9).

Timbalan Menteri berkenaan Dr Mohd Puad Zarkashi berkata empat sekolah dikenal pasti di Sarawak dan satu di Pahang.

"Sekolah-sekolah tersebut merupakan sekolah kurang murid jadi kaedah ini juga bertujuan mengoptimumkan kemudahan yang terdapat di sekolah itu," katanya kepada pemberita, di sini Selasa.

Menurut Mohd Puad, buat masa ini dua sekolah menggunakan model tersebut iaitu SK Long Badian di Baram, Sarawak dan sebuah sekolah masyarakat Orang Asli di Pahang.

Sekolah berkenaan diwujudkan bagi menangani kes keciciran pelajar sewaktu transisi dari tahun enam ke tingkatan satu, katanya.

- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi