Thursday, January 24, 2013

Kembara Temuduga Kursus NPQEL

Dalam kembara menghadiri temuduga Kursus NPQEL di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, saya bersama dua orang rakan iaitu Encik Suhaimi PKKO SK Pulau Redang dan Encik Jaafar dari Unit Linus PPD K.Terengganu telah memulakan perjalanan bermula jam 8:00 pagi pada 22 Januari 2013.

Hentian pertama untuk sarapan pagi adalah di kedai makan yang terletak dalam kawasan masjid Hadhari Jertih Terengganu.

Masjid Hadhari Jertih Terengganu

Meneruskan perjalanan, dan perhentian seterusnya di kedai makan kawasan Titiwangsa.

  Pemandangan di Hentian Titiwangsa

Menuju Jitra kedah dan bermalam di Hotel Darulaman.

  Melalui lebuhraya Sungai Petani, menuju Jitra

 
Tempat menginap di Hotel Darulaman, Jitra

Keesokannya, 23 Januari menuju IAB Cawangan Utara yang terletak tidak beberapa jauh dari tempat penginapan. Mendaftar diri untuk persiapan ditemuduga dan mendengar taklimat sebelum temuduga bermula. Terdapat 5 saluran tempat temuduga, setiap saluran mempunyai 5 hingga 6 orang peserta. Peserta dipanggil seorang demi seorang untuk ditemuduga dengan mengambil masa lebih kurang 30 minit bagi setiap sesi temuduga. Sebenarnya temuduga ini telahpun bermula pada 21 Januari lagi, bermakna temuduga ini dijalankan selama 3 hari sehingga 23 Januari.

Bangunan yang terdapat di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara

Peserta dari seluruh negeri medaftar diri bagi temuduga Kursus NPQEL

Mendengar taklimat sebelum sesi temuduga dimulakan

Menceritakan mengenai temuduga yang dilalui, saya telah ditemuduga oleh dua orang penemuduga, seorang lelaki dan seorang perempuan. Bagi saya, temuduga yang dijalankan amat mudah dan santai, tiada tekanan dirasakan. Banyak ruang diberikan untuk kita berbicara dan peluang ini saya guna sepenuhnya dengan sebaik mungkin. Terima kasih kepada penemuduga yang saya anggap “baik”.

Selepas tamat sesi temuduga bagi saya dan 2 rakan lain, lebih kurang jam 10:30 pagi, kami meneruskan perjalanan pulang. Semoga temuduga yang dilalui berjaya dan seterusnya kami dapat menempatkan diri ke Kursus NPQEL yang dijangka bermula pada 12 Februari 2013, Insyaallah.

7 comments:

Unknown said...

Insyaallah dipermudahkan.

Cgazmi said...

Terima kasih.

bengsee72 said...

banyakkah soalan yang ditanya????

bengsee72 said...

banyakkah soalan yang ditanya????

cgazmi said...

bengsee72: Masa yang diambil lebih kurang 30 minit atau lebih. Ia bergantung kepada penemuduga dan cara kita menjawab soalan yang ditanya. Dalam masa 30 minit memang banyaklah soalan yang berkaitan dengan kerja buat dan hala tuju kita sebagai seorang pendidik. Tq

Anonymous said...

adakah makan minum disediakan semasa berkursus di IAB ?

Cgazmi said...

Ya,makan minum semasa kursus disediakan.
Sebagai perkongsian pengalaman, sepanjang berkursus terlalu banyak tugasan yang perlu dibuat,antaranya:
- perlu menjawab lebih kurang 80 soalan dalam e-Pembelajaran (esei & kuiz).
- Buat Projek Penandaarasan.
- Buat Projek Sandaran.
- Menduduki peperiksaan.
- Kuliah 8jam/hari atau lebih.
- Presentation.
- Aktiviti kecergasan.

Temubual dengan rakan kursus, mereka tidak menyangka tugasan yang perlu dibuat amat banyak dan mencabar sehingga ada peserta yang tidak sanggup meneruskannya.
Untuk sertai kursus ini perlukan semangat kental dan pengurusan masa yang baik!

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

LISTEN TO QURAN

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi