Dalam
kembara menghadiri temuduga Kursus NPQEL di Institut Aminuddin Baki Cawangan
Utara, saya bersama dua orang rakan iaitu Encik Suhaimi PKKO SK Pulau Redang dan Encik
Jaafar dari Unit Linus PPD K.Terengganu telah memulakan perjalanan bermula jam
8:00 pagi pada 22 Januari 2013.
Hentian
pertama untuk sarapan pagi adalah di kedai makan yang terletak dalam kawasan
masjid Hadhari Jertih Terengganu.
Masjid Hadhari Jertih Terengganu
Meneruskan
perjalanan, dan perhentian seterusnya di kedai makan kawasan Titiwangsa.
Pemandangan di Hentian Titiwangsa
Menuju
Jitra kedah dan bermalam di Hotel Darulaman.
Melalui lebuhraya Sungai Petani, menuju Jitra
Tempat menginap di Hotel Darulaman, Jitra
Keesokannya,
23 Januari menuju IAB Cawangan Utara yang terletak tidak beberapa jauh dari
tempat penginapan. Mendaftar diri untuk persiapan ditemuduga dan mendengar
taklimat sebelum temuduga bermula. Terdapat 5 saluran tempat temuduga, setiap
saluran mempunyai 5 hingga 6 orang peserta. Peserta dipanggil seorang demi
seorang untuk ditemuduga dengan mengambil masa lebih kurang 30 minit bagi
setiap sesi temuduga. Sebenarnya temuduga ini telahpun bermula pada 21 Januari
lagi, bermakna temuduga ini dijalankan selama 3 hari sehingga 23 Januari.
Bangunan yang terdapat di Institut Aminuddin Baki Cawangan
Utara
Peserta dari seluruh negeri medaftar diri bagi temuduga
Kursus NPQEL
Mendengar taklimat sebelum sesi temuduga dimulakan
Menceritakan
mengenai temuduga yang dilalui, saya telah ditemuduga oleh dua orang
penemuduga, seorang lelaki dan seorang perempuan. Bagi saya, temuduga yang
dijalankan amat mudah dan santai, tiada tekanan dirasakan. Banyak ruang
diberikan untuk kita berbicara dan peluang ini saya guna sepenuhnya dengan
sebaik mungkin. Terima kasih kepada penemuduga yang saya anggap “baik”.
Selepas
tamat sesi temuduga bagi saya dan 2 rakan lain, lebih kurang jam 10:30 pagi,
kami meneruskan perjalanan pulang. Semoga temuduga yang dilalui berjaya dan
seterusnya kami dapat menempatkan diri ke Kursus NPQEL yang dijangka bermula
pada 12 Februari 2013, Insyaallah.
11 comments:
Insyaallah dipermudahkan.
Terima kasih.
banyakkah soalan yang ditanya????
banyakkah soalan yang ditanya????
bengsee72: Masa yang diambil lebih kurang 30 minit atau lebih. Ia bergantung kepada penemuduga dan cara kita menjawab soalan yang ditanya. Dalam masa 30 minit memang banyaklah soalan yang berkaitan dengan kerja buat dan hala tuju kita sebagai seorang pendidik. Tq
adakah makan minum disediakan semasa berkursus di IAB ?
Ya,makan minum semasa kursus disediakan.
Sebagai perkongsian pengalaman, sepanjang berkursus terlalu banyak tugasan yang perlu dibuat,antaranya:
- perlu menjawab lebih kurang 80 soalan dalam e-Pembelajaran (esei & kuiz).
- Buat Projek Penandaarasan.
- Buat Projek Sandaran.
- Menduduki peperiksaan.
- Kuliah 8jam/hari atau lebih.
- Presentation.
- Aktiviti kecergasan.
Temubual dengan rakan kursus, mereka tidak menyangka tugasan yang perlu dibuat amat banyak dan mencabar sehingga ada peserta yang tidak sanggup meneruskannya.
Untuk sertai kursus ini perlukan semangat kental dan pengurusan masa yang baik!
terima kasih... info yg sangat membantu. apa dokumen sokongan yg perlu dibawa semasa temuduga?
APAKAH BENTUK SOALAN YANG DITANYA OLEH PENEMUDUGA SEWAKTU SESI TEMUDUGA
ada juga yang gagal temuduga ke?
ada juga yang gagal temuduga ke?
Post a Comment