Laman
sosial Facebook telah mula memperkenalkan fungsi baru di dalam aplikasi
Facebook Messenger bagi peranti iOS dan Android. Fungsi tersebut membolehkan
pengguna menghantar mesej suara dengan pantas. Walau bagaimanapun, fungsi ini
bukan bertindak seperti panggilan suara sebaliknya hanya menghantar suara yang
direkod sahaja.
Untuk
menggunakan fungsi ini pengguna hanya perlu memilih ikon mikrofon dengan
tulisan “Record Voice” pada menu. Paparan menu baru akan keluar di bahagian
bawah.
Bagi merakam dan menghantar mesej suara, pengguna
perlu klik ikon rekod suara (ikon bulat dengan titik merah) dan jangan lepaskan
sambil merakam suara yang ingin dihantar. Setelah selesai, pengguna hanya perlu
lepaskan dan mesej suara tersebut akan terus dihantar.
Fungsi
mesej suara bukan sesuatu yang baru kerana aplikasi WhatsApp telah pun
dilengkapi dengan fungsi ini. Namun demikian, fungsi mesej suara pada aplikasi
Facebook Messenger lebih mesra pengguna berbanding pada aplikasi WhatsApp.
Untuk
muat turun atau mengemaskin aplikasi terbaru Facebook Messenger, pembaca boleh
ke Google Play bagi versi Android atau iTunes bagi versi iOS.
-
Facebook
0 comments:
Post a Comment