Wednesday, January 2, 2013

Guru Fail Saman Tidak Mahu Pindah Sekolah

Alor Setar: Seorang guru dari Langkawi, semalam memfailkan saman terhadap Pengarah Pelajaran Kedah dan lima yang lain memohon deklarasi mahkamah menetapkan arahan pertukarannya ke Jawi, Pulau Pinang, sebagai tidak sah.

Saman berkenaan difailkan Alias Saleh, 47, yang sebelum ini bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kedawang di Langkawi, melalui peguam, Mohd Fadli Shuib.

Selain Pengarah Pelajaran Kedah, Alias turut menamakan Pegawai Penyelia Pelajaran Daerah Langkawi, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua hingga kelima.

Dalam tuntutannya, plaintif memohon dua deklarasi dibuat Mahkamah Tinggi, iaitu memutuskan arahan penempatan semulanya dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kedawang di Langkawi ke SK Relau dekat Jawi, Pulau Pinang yang dikeluarkan defendan pertama bertarikh 1 Oktober lalu, sebagai tidak sah.

Alias juga turut memohon satu lagi deklarasi supaya Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) plaintif bagi tahun 2005 hingga 2007 dinilai semula secara lebih adil dan saksama berdasarkan merit oleh pentadbiran semua defendan.

Untuk itu, plaintif memohon ganti rugi am dan ganti rugi teladan serta lain-lain relif yang difikirkan adil dan sesuai oleh mahkamah.

Ganti rugi berkenaan dipohon selepas plaintif mendakwa beliau mengalami tekanan emosi dan perasaan akibat tindakan defendan, sehingga mengganggu tugasan hariannya yang turut menyebabkan plaintif mengalami kemurungan dan tekanan yang dahsyat.

Mahkamah menetapkan 30 Januari ini sebagai tarikh pengurusan kes.

- Utusan

1 comments:

SK TAMAN AMAN said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi