Wednesday, January 2, 2013

Bantuan sekolah RM100 dibayar 15 Jan

NILAI: Bantuan persekolahan sebanyak RM100 akan disalur kepada pelajar bermula 15 Jan ini, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi.
  
"Duit RM100 ini mesti diserahkan kepada ibu bapa pelajar berkenaan. Sama ada ibu  bapa nak guna duit ini nak bayar yuran PIBG (persatuan ibu bapa dan guru), itu hak mereka...tapi pihak sekolah tidak ada hak untuk potong lebih awal," katanya kepada pemberita hari ini.
  
Menurutnya, kementerian itu telah mengeluarkan surat pekeliling  mengenai perkara tersebut kepada semua sekolah.
  
"Jadi, kita tidak mahu lagi dengar aduan daripada ibu bapa di mana pihak sekolah mengenakan bayaran terhadap ibu bapa yang menerima bantuan ini," katanya yang ditemui selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Batang Benar, SK  Sendayang dan Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dekat sini, sempena hari pertama sesi
persekolahan 2013.
  
Selain sekolah kerajaan yang mempunyai lima juta pelajar, bantuan tersebut turut diagih kepada  pelajar sekolah lain seperti sekolah jenis kebangsaan, persendirian dan agama.
  
Bantuan itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2013. Ini adalah kali kedua pembayaran tersebut dilakukan yang meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah tanpa mengira pendapatan keluarga.
  
Bagi ibu bapa yang tidak mahu mengambil bayaran tersebut, mereka boleh memulangkannya kepada sekolah yang mesti mengembalikannya kepada Kementerian Pelajaram.

- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi