Wednesday, January 16, 2013

Bantuan Persekolahan Boleh Dimanfaat Pelbagai Cara


KUALA LUMPUR: Skim Bantuan Persekolahan RM100 yang mula diagih kepada pelajar sekolah pada Selasa, boleh dimanfaat dalam pelbagai cara asalkan pemberian itu memenuhi matlamat kerajaan untuk membantu rakyat.

Ini kerana menurut aktivis sosial dan ahli akademik, inisiatif kerajaan itu merupakan bantuan sokongan bagi melancarkan proses pembelajaran pelajar dan tidak semestinya dihadkan kepada perkara material.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Datuk Ma'mor Osman misalnya, berpandangan pelaburan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) adalah antara yang boleh dipertimbang ibu bapa.

"Melalui ini mereka mampu perkenal anak mereka kepada amalan menabung dan melabur. Bagi yang mampu mereka boleh labur semua RM100, bagi yang kurang mampu mereka boleh mula dengan RM20," katanya kepada Bernama di sini.

Menurut Ma'mor, ibu bapa juga boleh memanfaatkan pemberian itu untuk perbelanjaan sekunder persekolahan anak-anak mereka seperti tambang bas dan lain-lain keperluan berbangkit.

Bantuan yang diagih secara berperingkat sehingga 15 Feb itu merupakan kali kedua dilaksana kerajaan. Di bawah skim itu yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Belanjawan 2013, sejumlah RM498 juta diperuntuk kerajaan untuk 4.98 juta pelajar dari semua jenis sekolah di negara ini, tanpa mengira latar belakang keluarga.

- BERNAMA

Anda minat barangan berikut:
 

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi