Sunday, January 13, 2013

Guru Kafa Perlu Khidmat Penuh Integriti

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) meletakkan tanggungjawab mereka setaraf profesion perguruan lain.

Sehubungan itu, baginda bertitah mereka perlu berkhidmat dengan penuh integriti meskipun di luar waktu persekolahan di samping berusaha meningkatkan potensi dan pencapaian diri.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengingatkan guru-guru Kafa bahawa mereka yang membelakangi aspek integriti tidak akan menguntungkan kehidupan sendiri.

Bertitah merasmikan majlis Apresiasi Kecemerlangan Kafa peringkat negeri Perlis anjuran Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) di sini hari ini, baginda berharap setiap guru Kafa berusaha memperkasakan kaedah pengajaran supaya lebih mudah difahami dan dihayati.

Menurut baginda, dalam menghadapai cabaran globalisasi, mereka juga perlu lebih kreatif supaya memikat pelajar mempelajari ilmu agama tanpa paksaan.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah sepanjang tahun lalu sebanyak 367 orang guru Kafa telah memberi didikan kepada 7,886 pelajar di 62 buah sekolah rendah 11 surau, lapan masjid dan lapan balai raya di seluruh Perlis.

Kelas itu diadakan tiga kali seminggu dengan setiap guru menerima bayaran RM800 sebulan.

Lebih 350 guru Kafa menyertai majlis apresiasi itu yang turut hadiri Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

- BERNAMA

Anda minat barangan berikut:

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi