KUALA
LUMPUR - Keputusan ujian Malaysian University English Test (Muet) bagi sesi
November 2012 akan dikeluarkan 8 Januari depan, menurut Majlis Peperiksaan
Malaysia (MPM) hari ini.
Seramai
75,634 orang menduduki ujian itu.
Calon
yang mendaftar di sekolah atau institusi boleh mendapat keputusan di sekolah
atau institusi masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala calon persendirian
akan memperolehnya melalui pos.
"Calon
juga boleh menyemak keputusan mereka menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)
dengan menaip MUETRESULT
dan dihantar ke 15888, mulai pukul 12:01 tengah malam 8 Januari atau melalui
online dengan melayari portal MPM iaitu http://www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi
pada tarikh tersebut," kata kenyataan itu.
Bagi
calon yang mahu membuat semakan semula keputusan mereka, boleh berbuat demikian
dengan membuat bayaran sebanyak RM70 yang tarikh tutup rayuan ialah pada 14
Januari.
Maklumat
lanjut boleh diperoleh melalui laman web MPM di www.mpm.edu.my.
Bagi
calon yang ingin mengambil semula MUET atau memperbaiki keputusan, mereka boleh
membuat pendaftaran untuk sesi Mac 2013 secara online melalui laman web MPM
atau menerusi www.mesp.gov.my/online.
-
BERNAMA
0 comments:
Post a Comment