Bila membaca info berkaitan “Penilai
Prestasi: Nilai benda betul dengan betul” yang dipos oleh blog Unit Sekolah Rendah JPNT (klik pada gambar
untuk baca info tersebut), saya terpanggil untuk memberi pendapat.
Suatu info yang menarik tapi berapa
orangkah pentadbir sekolah iaitu GB atau GPK yang membaca dan seterusnya
muhasabah diri terhadap kerja buat mereka berkaitan isu ini.
Pengalaman saya yang bertugas selama 22
tahun tidak termasuk tahun 2012 ini, tiada seorang GB atau GPK negeri
Terengganu yang pernah saya berkhidmat di bawah pentadbiran mereka (9 orang GB
dari 4 buah sekolah), yang memaklumkan markah penilaian yang dibuat, jauh
sekali untuk memaklumkan kelemahan atau kelebihan yang telah dinilai. Malah
bila ditanya tentang markah yang diperolehi, ia dianggap sulit dan dipandang
serong pula. Subhanaallah.
Seingat saya, hanya sekali sahaja saya
dipanggil untuk memaklumkan markah yang diperolehi iaitu semasa saya bertugas
di negeri Kelantan (mula-mula diperkenalkan penilaian prestasi).
Saya percaya, dalam hal penilaian ini
pasti sudah ada piawaian yang jelas yang perlu diikuti. Bila dilihat pada
borang SKT pun penilai perlu berbincang dengan pegawai yang dinilai tapi agak
malang sepanjang saya berada di Terengganu tiada seorang penilai pun yang
berbuat demikian.
Mengapa keadaan ini berlaku? Adakah
prosedur penilaian yang termeterai tidak cukup baik untuk diikuti. Justeru itu
berlakulah ketidakpuasan dan ketidak telusan dalam perkara ini. Sudah pasti ada
yang tidak kena dengan penilai-penilai ini yang perlu diberi kesedaran atau
taklimat untuk memperbaiki proses penilaian ini berjalan dengan baik sebab kita
selalu tekankan pegawai yang dinilai perlu menjalankan tugas dengan baik tapi
begaimana dengan tugas penilai itu sendiri. Adakah ia sudah baik dan menepati
seperti piawaian yang dikehendaki. Ingatlah penilaian kita ini akan juga
dinilai oleh Allah s.w.t.
Sebelum saya mengakhiri kata, penilaian
ini sudah pasti bersifat subjektif
(bergantung siapa penilainya, ada yang bersifat “pemurah” dan sebaliknya.
Ada yang mengikut emosi dan “angin” penilai itu sendiri. Ini dapat dibuktikan
bila bertukar sekolah. Walaupun tugas kerja yang lebih banyak tapi prestasinya
tetap rendah berbanding dengan sekolah sebelumnya) . Justeru itu diharap
pihak-pihak tertentu boleh mencari titik persamaan dalam pemberian markah
prestasi oleh penilai2 ini supaya sifat subjektif ini dapat diminimakan dan mencapai
standard antara penilai-penilai disetiap sekolah.
0 comments:
Post a Comment