Sunday, July 1, 2012

PELAJAR PERLU BIJAK MENGURUS MASA



Untuk cemerlang dalam pelajaran, bukan saja memerlukan ketekunan mengulang kaji malah pengurusan masa yang betul.

Pengurusan masa yang baik adalah antara langkah awal boleh dipraktikkan bagi mendidik pelajar menjadi lebih berdisiplin, fokus dan bijak merencana masa depan.

Berikut antara panduan pengurusan masa yang boleh dikongsi bersama:

1. Buat Perancangan
Buatlah perencanaan jadual waktu kerja atau mengulang kaji seharian supaya tidak akan kelam kabut sekali gus merugikan masa sedia ada.

2. Tumpukan Perhatian
Jangan terlalu kecoh melakukan pelbagai hal sekali gus kerana jumlah waktu yang digunakan untuk sesuatu projek tidak penting sebaliknya tahu menyediakan jumlah waktu yang tidak terganggu.

3. Ambillah Waktu Untuk Rehat
Mengulang kaji atau bekerja dalam tempoh lama tanpa rehat bukan penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul.

4. Jauhkan Suasana Berkecamuk
Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas yang berselerak kerana berasa dengan cara itu persoalan penting akan naik sendiri ke atas timbunan kertas.

Keadaan berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan, meningkatkan ketegangan dan prestasi.

5. Jangan Ingin Menjadi Serba Sempurna
Memaksa diri untuk menjadi serba sempurna bukan langkah baik kerana ia bukan saja akan menimbulkan ketegangan minda malah menjadikan diri semakin tertekan. Terimalah segala kekurangan dan kelebihan diri seadanya.

6. Jangan Takut Mengatakan Tidak
Belajarlah menolak dengan menggunakan kebijaksanaan tapi tegas terhadap setiap permintaan yang tidak membantu pencapaian sasaran.

7. Jangan Menangguhkan Kerja
Penangguhan kerja memungkinkan segala perancangan gagal dilaksanakan tepat pada waktunya hingga menyebabkan anda semakin tertekan.
 

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi