Wednesday, July 18, 2012

Pelantikan Guru Yang Ikuti Program Pensiswazahan Akan Disegerakan

BUKIT MERTAJAM, 17 Julai (Bernama) -- Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata urusan pelantikan seramai 7,975 orang guru lulusan program pensiswazahan guru, akan dilakukan secepat mungkin.

Beliau berkata pada 23 Mei lepas Kementerian Pelajaran menerima waran untuk kenaikan pangkat ke DG41 bagi Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD) yang berjaya menamatkan pengajian di bawah program pensiswazahan guru.

"Penangguhan selama dua tahun untuk pelantikan itu telah menjadi satu daripada sebab ramai guru yang tidak mahu mengikuti program pensiswazahan. Pihak kementerian akan usahakan agar perkara ini diselesaikan secepat mungkin.

"Diharapkan ramai lagi guru akan mengikuti program pensiswazahan guru ini. Ia penting untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan guru di samping memartabatkan profesion perguruan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penganugerahan perkhidmatan cemerlang 2012 Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang di sini hari ini.

Mohd Puad berkata kerajaan menjangkakan pada tahun 2020 semua guru di seluruh negara mempunyai ijazah. Sejak diperkenal pada 2006 hingga kini, seramai 70,062 guru mengikuti dan berjaya menamatkan program pensiswazahan guru.

- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi