Friday, April 6, 2012

ULASAN ISU: PENTADBIR SEKOLAH WAJIB MAHIR ICT

Iklan pemangkuan DGA32 ke DGA34 bagi mengisi jawatan Guru Besar dan Pengelola di Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan Bahagian untuk tahun 2012 akan ditutup pada 12 April 2012 nanti setelah hampir dua minggu diklankan sama ada secara langsung ke sekolah atau melalui web dan blog. Iklan berkenaan mencapai hit tertinggi di blog ini .Pelbagai bidang keperluan akan dinilai oleh panel nanti sama ada pengalaman, pengetahuan, sumbangan, anugerah dan juga kemahiran bagi memilih calon Guru Besar yang memenuhi tuntutan keperluan masa kini.


Dalam ulasan isu pada kali ini saya ingin menyentuh salah satu aspek penting penilaian ialah berkaitan "tahap kebolehan ICT" calon. Tahap yang diukur sebagaimana sedutan borang seperti di bawah:-


Sesungguhnya realiti dalam kerjabuat pengurusan harian masa kini kemahiran ICT adalah satu keperluan dan kemestian. Dalam bahasa paling mudah jika seseorang Guru Besar jahil ICT maka dia tidak layak jadi Guru Besar. Sepatutnya syarat kemahiran ICT ini menjadi "mandatori". Saya percaya panel mesti memerlukan aviden yang konkrit untuk menilai calon pada bahagian ini.

Saya berpendirian bahawa pengurus sekolah WAJIB menguasai ICT bagi menambah kecekapan pengurusan mereka. Terdapat segelintir pengurus sekolah yang "geli geleman" dengan komputer hingga kadangnya "mewali" dan "mewakafkan" termasuk kerja-kerja "sulit" kepada orang lain. Antaranya seperti menyerahkan kepada Guru Data untuk urusan pengesahan e-gtukar. Id dan password Guru Besar bukan menjadi sesuatu yang sulit lagi bila setiap tahun diminta kepada admistrator negeri oleh Guru Data. Bagaimana Guru Besar yang tidak mahir ICT untuk menyembunyikan digri sulit Nilaian Prestasi Tahunan kalau rumusan dan sebagainya diserahkan kepada orang lain.

Sewajarnya kita tidak memandang remeh perkara ini kerana ia melibatkan soal integriri dan respektasi orang kepada kita selaku Guru Besar. Kita bimbang kelak nanti kelemahan kita itu menjadi senjata menikam kita sendiri. Justru mempelajari kemahiran ICT sangat mustahak kepada Pengurus Sekolah. Selain tahu menggunakan perisian asas kita juga perlu tahu dan mahir untuk menggunakan email dan capaian internet atau online kerana stail pengurusan sekarang menjadikan ICT sebagai medium utama. Banyak capaian online yang KPM laksanakan seperti e-operasi, e-gtukar, aplikasi data murid, pendaftaran murid tahun 1, hrmis, emis online dan sebagainya.

Sebagai Guru Besar kita mesti tahu sama ada melaksanakan sendiri atau kerja pemantauan agar pengurusan dan sekolah kita sentiasa up date dan kemaskini. Dalam blog ini ada banyak perkara untuk dimuat turun seperti borang pertukaran GPK, Guru Cemerlang dan sebagainya. Ada setengah bahan khas untuk Guru Besar download. Kami ada cara memantaunya. Jika Guru Besar peka dan tahu ICT, banyak perkara yang mereka boleh bantu guru dengan pantas dan mudah. Mereka akan dilihat sebagai "Pemimpin Rujukan" bukannya sebagai "Pemimpin Siaran atau Pemimpin Sialan" seperti mana yang diperkatakan berkaitan jenis pemimpin oleh Prof Dr. Syed Muhamad Naquib Al-Atas.


Sumber: unitrendahspsjpnt.blogspot.com

2 comments:

fatmasha said...

salam...sebenarnya pengurus sekolah perlu tahu,pandai n mahir menggunakan ICT dalam kerja buat mereka...agak "komang" kalau org bawahan kita lebih mahir...tetapi kita masih terkial2 untuk membuka email sendiri...

cgazmi said...

waalaikumussalam fatmasha...mmg betul kata saudari. Itulah bila pemilihan jawatan yg hdk diberi tidak dinilai secara mendalam, 80% berdasar markah prestasi dan hny 20% shj kemahiran diambil kira, sdgkan markah prestasi adalah subjektif (ada setgh2 skolah, markah 94% adalh paling tinggi tetapi disetgh skolah pula 94% tu adalah markah paling rendah).Lebih malang lagi jika ada "tangan2 ghaib"? yg boleh mengangkat org2 tertentu utk diberi jawatan...pgalaman sy semasa memohon jawatan dan markah prestasi didua buah skolah terakhir sy membuktikan sgalanya...subhanaallah.

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi