Tuesday, December 6, 2011

LEBUH RAYA PANTAI TIMUR FASA 2 SIAP 2014

PETA menunjukkan sebahagian laluan LPT2 yang dijangka siap sepenuhnya pada 2014.


KUALA TERENGGANU - Pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang menghubungkan Jabor di Kemaman dengan Gemuruh di sini dekat sini dijangka siap dan boleh digunakan sepenuhnya pada 2014.


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Za'abar Mohd. Adib berkata, projek pembinaan itu sepatutnya siap lebih awal tetapi terpaksa ditangguhkan beberapa kali ekoran masalah kontraktor yang dilantik.


Bagaimanapun katanya, pembinaan lebuh raya sejauh 183 kilometer itu telah siap 73 peratus dengan melibatkan kos sebanyak RM2.36 bilion.


Sumber: Kosmo Online

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi