Wednesday, September 3, 2014

Keputusan MUET Sesi Julai 2014


Keputusan ujian Malaysian University English Test (MUET) sesi Julai 2014 akan dikeluarkan pada Khamis ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) dalam kenyataannya berkata sebanyak 64,701 calon boleh mendapatkan keputusan mereka di sekolah atau di institusi pengajian masing-masing mulai 10 pagi manakala calon persendirian akan memperoleh keputusan mereka melalui pos.

Mereka juga boleh menyemak keputusan ujian mereka melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip MUET/RESULT/No.Kad Pengenalan dan menghantarnya ke 15888 atau melayari portal MPM http://mpm.edu.my mulai 10 pagi pada hari tersebut.

"Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70," menurut kenyataan itu.

Tarikh tutup rayuan semak semula ialah 15 Sept 2014 dan maklumat lanjut mengenai perkara itu boleh didapati melalui portal MPM.

Sementara itu, pendaftaran MUET bagi sesi Mac 2015 akan dibuka dari 25 Sept hingga 3 Nov 2014.

Pendaftaran adalah secara dalam talian melalui portal MPM atau melalui URL http://online.mpm.edu.my.



- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi