Tuesday, September 2, 2014

Bahasa Inggeris Subjek Wajib Lulus IPTA

Satu dasar baharu akan dilaksanakan bagi menjadikan bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus, di samping bahasa Melayu, bagi pelajar di universiti awam.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan, berkata beliau membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira seminggu lepas dan maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kelak.

"Pengetahuan asas sahaja tidak mencukupi bagi siswazah sekiranya mereka tidak mampu berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris.

"Syarikat mempunyai tanda aras tertentu. Mereka mahukan orang yang bukan sahaja memiliki kelayakan, tetapi juga yang boleh menjadi duta, yang boleh berkomunikasi dengan seluruh dunia dan antara perkara penting ialah kemampuan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada majlis pelancaran Pemboleh Kebolehgajian Siswazah Cyberjaya Kedua (CGEE 2) di sini Selasa.



0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi