Monday, April 7, 2014

Kamalanathan: Guru, Pelajar Lemah Bertutur Bahasa Inggeris

Kementerian Pendidikan hari ini mendedahkan berdasarkan kajian Cambridge tahun lalu, guru dan pelajar di Malaysia masih lemah bertutur dalam bahasa Inggeris sebaliknya lebih menumpukan kepada aspek penulisan bahasa itu.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan (gambar) berkata, sebahagian besar pelajar di peringkat menengah dan rendah tidak menunjukkan penguasaan bahasa Inggeris sepanjang tahun lalu.

“Sebahagian besar pelajar tidak pernah ada kemajuan tahap penggunaan asas bahasa Inggeris dan pelajar paling lemah dalam kemahiran bertutur. Lima aspek hasil dapatan ini ialah murid, guru, kurikulum, pentaksiran, dan kelemahan pembelajaran.

“Guru memerlukan pelbagai strategi berkesan dan mereka menyatakan memerlukan pelbagai rujukan bagi menambah baik profesionalisme. Guru dibeban dengan kerja pentadbiran,” katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman di Dewan Rakyat hari ini.

Pengarah Projek Baseline Cambridge Malaysia, Dr Martin Robinson berkata awal tahun ini, tahap pembelajaran dan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah negara ini disifatkan paling komprehensif kerana merangkumi semua peringkat persekolahan dan seluruh negara.

Kajian mereka membabitkan empat skil bahasa, iaitu bacaan, pendengaran, pertuturan dan penulisan, berbanding kebanyakan negara yang hanya memfokus kepada bacaan dan pendengaran.


- themalaysianinsider

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi