Friday, April 18, 2014

Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar

Sebanyak 630 warga pendidik dan 566 buah sekolah rendah pelbagai aliran di seluruh negara menerima Anugerah Tawaran Baharu Guru Besar (TBGB) 2013 melibatkan ganjaran berjumlah RM23.2 juta hasil kecemerlangan prestasi sekolah masing-masing sepanjang tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia terdiri daripada 209 buah sekolah bandar, 302 buah sekolah luar bandar dan 55 buah sekolah pedalaman.

Muhyiddin berkata pencapaian pada tahun ini menunjukkan peningkatan berbanding pada 2012 apabila sebanyak 180 sekolah bandar dan 280 sekolah luar bandar menerima anugerah berkenaan.

"Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK (C)) yang menerima anugerah ini juga telah meningkat daripada 54 buah sekolah (2012) kepada 74 buah sekolah dan begitu juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK (T)) di mana berlaku peningkatan penerima anugerah daripada 45 buah sekolah (2012) kepada 54 buah sekolah.

"Daripada keseluruhan penerima anugerah ini, 119 buah sekolah telah menerima anugerah ini sebanyak empat kali berturut-turut. Saya juga ingin menarik perhatian anda dengan kejayaan satu-satunya Sekolah Kebangsaan Orang Asli iaitu Sekolah Kebangsaan Tasik Chini, Pekan, Pahang yang dicalonkan pada tahun ini seterusnya berjaya menerima anugerah TBGB tahun 2013," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian pada majlis penyampaian Anugerah TBGB 2013 hari ini.


- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi