Saturday, April 19, 2014

1,160 Sekolah Dilengkapi Projek 1BestariNet

Sebanyak 1,160 sekolah di Sabah dilengkapi projek 1BestariNet, yang dikeluarkan YTL Communications Sdn Bhd.
  
Pengarah Jabatan Negeri Sabah (JPN) Sabah Datuk Jame Alip berkata pihaknya juga berjaya menyelesaikan semua latihan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) kepada 1,187 sekolah yang melibatkan 2,374 guru, pada tahun lepas.
  
"Guru yang terlibat dalam latihan ini ialah Penyelaras Bestari atau guru ICT untuk mentadbir VLE di sekolah masing-masing.
  
"Mereka dipertanggungjawabkan untuk melatih guru-guru dan menjadi penggerak pelaksanaan VLE," katanya ketika berucap pada perasmian Hari Profesionalisme 1BestariNet VLE peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah yang disempurnakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Universiti Malaysia Sabah di sini, hari ini.
  
Jame berkata kementerian membelanjakan lebih RM6 bilion untuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam inisiatif pendidikan yang merupakan pelaburan modal paling intensif pernah dilakukan dalam sistem pendidikan.

Namun, katanya, penggunaan ICT di sekolah terutamanya di negeri ini masih tidak mencapai tahap memuaskan baik dari segi kualiti mahupun kuantiti.
  
Sehubungan itu, beliau menyeru para pengetua, guru besar dan guru supaya mempelajari serta mencontohi amalan terbaik, selain merasai sendiri pengalaman pengajaran dan pembelajaran melalui Frog VLE selain mengaplikasi di sekolah masing-masing.
  
Melalui projek 1BestariNet di bawah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, sekolah-sekolah di seluruh negara akan dilengkapi perkhidmatan rangkaian menggunakan teknologi Yes 4G yang membolehkan ibu bapa, guru dan pelajar mempunyai capaian ke platform persekitaran pembelajaran maya Frog.



0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi