Saturday, January 4, 2014

Sekolah Tamil Bawah Pokok Di Kelana Jaya

Kira-kira 20 pelajar SJK Tamil Seaport, Kelana Jaya bakal menghabiskan tahun persekolahan ini berada di bawah pokok di sebuah tanah lapang.

Ini ekoran ibu bapa mereka mahu sekolah yang ditutup secara tiba-tiba bulan lalu itu dibuka semula.

Ibu bapa enggan menerima arahan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk berpindah dari sekolah yang berusia 80 tahun itu ke blok baru sekolah di Kampung Lindungan, Subang kerana terlalu jauh dan menyukarkan perjalanan ke sekolah.

"Jika sekolah ini ditutup, tiada lagi Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Kelana Jaya dan Lembah Subang," kata pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, V Kumar, hari ini.

Menurut Kumar, peningkatan kos hidup menyebabkan ramai ibu bapa yang mempunyai pendapatan kecil tidak mampu membiayai perjalanan 9km setiap hari untuk menghantar dan mengambil anak mereka di sekolah baru.

Ibu bapa terbabit turut menyuarakan kesulitan mendapatkan perkhidmatan bas sekolah untuk menghantar anak mereka ke sekolah baru.

Pihak kementerian memberitahu ibu bapa terbabit bahawa tanah di Kelana Jaya itu yang sebelum ini milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), dijual kepada pemaju swasta, tetapi rekod yang didapati mereka menunjukkan ia masih bawah nama PKNS.

Ibu bapa yang tidak berpuas hati ini telah menentang pemindahan sekolah ini selama beberapa tahun dan mahu kerajaan negeri Selangor campur tangan bagi memastikan tapak sekolah itu kekal.

Bangunan sekolah lama telah dikunci oleh guru besarnya, menyebabkan ibu bapa hanya mampu meninggalkan anak mereka di beberapa bangku plastik di tanah lapang bersebelahan kawasan sekolah, tanpa guru untuk mendidik mereka.

Video: Sekolah Tamil Bawah Pokok Di Kelana Jaya



- Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi