Monday, January 6, 2014

Kemasukan Prestasi Murid Ke Dalam SPPBS

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan merujuk surat KP.LP.002.03.01.6.Jld.3 (42) telah membincangkan isu berkaitan pelaksanaan SPPBS dan membuat keputusan bahawa Modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan beroperasi melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang akan dilaksanakan pada 1 April 2014 bagi perkara-perkara berikut:
  • Kemasukan prestasi murid yang belum selesai bagi pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) tahun 2013 untuk Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 Sekolah Rendah.
  •  Kemasukan prestasi murid yang belum selesai bagi pelaksanaan PS dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tahun 2013 untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 Sekolah Menengah.
  • Kemasukan prestasi murid bagi pentaksiran PS tahun 2014 untuk Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 Sekolah Rendah.
  • Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan PAJSK tahun 2014 untuk Tahun 4 Sekolah Rendah.
  • Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan PS dan PAJSK tahun 2014 untuk Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 Sekolah Menengah.



- Kementerian Pendidikan Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi