Thursday, June 7, 2012

Sokong Cadangan Wajibkan Guru Baru Miliki Ijazah

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Rabu menyambut baik cadangan kerajaan untuk mewajibkan semua guru baru memiliki ijazah menjelang tahun 2020 sebagai syarat menyertai profesion perguruan.

Presidennya Hashim Adnan berkata langkah tersebut bagi memastikan guru baru yang terpilih untuk mengajar di sesebuah sekolah merupakan mereka yang benar-benar mempunyai kualiti sebagai seorang pendidik.

"Ia cadangan yang bagus malah pada saya tempoh 2020 wajar diawalkan kepada 2017 berdasarkan sistem pendidikan yang jauh lebih baik disediakan kerajaan pada hari ini, sebagai contoh peluang yang disediakan kepada bakal guru untuk menyambung pengajian tanpa perlu membuat sebarang bayaran.

"Justeru, sebaik sahaja tamat pengajian dalam tempoh tiga hingga empat tahun mereka (guru baru) boleh keluar dan terus mengajar di tempat yang ditetapkan dengan kelayakan ijazah yang diperoleh," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Rabu.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris hari ini berhubung beberapa cadangan yang terkandung dalam Pelan Pendidikan Strategik Interim: Kementerian Pelajaran Malaysia 2011-2012.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi