Sunday, June 10, 2012

Peruntukan Lebih RM3.6 Juta Latihan Penyelia Dan Guru KAFA


KUALA TERENGGANU, 10 Jun (Bernama) -- Kerajaan persekutuan bersetuju menyalurkan peruntukan RM3,581,660 juta untuk latihan penyelia dan guru-guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) bagi membeli bahan-bahan peralatan bantu mengajar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata peruntukan itu disalurkan kepda kerajaan negeri melalui jabatan atau Majlis Agama Islam negeri-negeri.

"Bagi negeri Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, peruntukan disalurkan melalui jabatan atau Pejabat Pembangunan Persekutuan negeri masing-masing manakala bagi Terengganu ia disalurkan melalui Yayasan Islam Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kursus Pengenalan Kaedah Iqra kepada guru-guru KAFA negeri Terengganu dan penyerahan bantuan kerajaan persekutuan kepada kelas-kelas KAFA seluruh negara di sini.

Jamil Khir berkata rayuan dan permohonan penyelia dan guru-guru KAFA antaranya tentang buku-buku rekod mengajar, pendedahan kaedah untuk mengajar, bantuan peralatan mengajar dan sebagainya sememangnya diambil kira kerajaan dalam usaha meningkatkan lagi mutu perkhidmatan guru-guru KAFA.

-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.

ENGLAND PREMIER LEAGUE

 
Please use Google Chrome to get the best view with 1280 x 800 resolution and above | Thanks for visiting cgazmi.blogspot.com | Bloggerized by Cg Azmi