Monday, September 24, 2012
PPD Tonggak Kejayaan Pendidikan Negara
KUALA
TERENGGANU, 24 Sept (Bernama) -- Peranan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) akan
lebih mencabar sebagai pendukung bagi merealisasikan pelan transformasi
pembangunan pendidikan negara, kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Dr Amin
Senin.
Menurut
beliau peranan PPD kini sudah berubah dan tidak lagi terbatas hanya kepada
aspek akademik lebih-lebih lagi dengan adanya Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025.
"Bagi
mengukuhkan dan memantapkan profesionalisme pendidikan, PPD akan membantu
pengetua sekolah, program dan dasar kementerian.
"Sebab
itulah, kita buat program pemantapan PPD ini bagi mengukuhkan peranan
mereka," katanya ketika merasmikan Konvensyen Pemantapan Profesionalisme
PPD peringkat kebangsaaan di sini Isnin.
Proses
transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun dengan
Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan
memberi sokongan kepada guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
--
BERNAMA
Sunday, September 23, 2012
DIMANA TAHAP NILAI KERJA BUAT KITA
Tidak terlewat sekiranya saya berkongsi pengalaman,
dimana saya diarah mewakili pentadbiran sekolah tempat bertugas ke Taklimat
Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang diadakan di semua daerah negeri
Terengganu. Bagi daerah Kuala Terengganu diadakan pada Khamis 20 September
2012, bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Kompleks Mengabang Telipot (rujuk surat).
Surat Taklimat PBS - Klik
pada gambar untuk kelihatan lebih jelas
Untuk pengetahuan, surat yang dikeluar
oleh Jabatan Pelajaran Terengganu dan ditandatangani sendiri oleh pengarah
Pelajaran Negeri Terengganu ini mewajibkan pentadbir sekolah hadir ke taklimat tersebut tetapi oleh
kerana Guru Besar bercuti, manakala GPK Pentadbiran pula sibuk dengan urusan
pertukaran beliau, saya pula dikerah ke taklimat tersebut.
Di sini bukan isu mengganti tempat
pihak pentadbiran sekolah yang ingin saya ketengahkan tapi cara pihak yang
mengendalikan taklimat tersebut agak tidak profesional di mana setelah
mengambil masa perjalanan lebih kurang 45 minit untuk ketempat tersebut barulah
diketahui taklimat tersebut dibatalkan. Di sini menunjukkan tiadanya
perancangan teliti bagi menjalankan sesuatu program tersebut. Dimana letaknya
integriti dalam melaksanakan tugasan pihak yang menguruskan taklimat tersebut.
Andai memang terdapat halangan dalam melaksanakan taklimat ini disaat akhir,
rasanya di zaman yang serba kemudahan ini, mungkin boleh memaklumkannya dengan
lebih awal.
Saya percaya, pembatalan ini telah
dibuat lebih awal, memandangkan pihak jabatan juga menyediakan minum pagi dan
makan tengahari, sudah tentu pembatalan ini dimaklumkan lebih awal kepada pihak
yang menguruskan makan minum.
Setelah pembatalan tersebut, saya
terpaksa pula bergegas ke sekolah bagi meneruskan sessi P&P yang masih
sempat untuk saya laksanakan pada hari tersebut. Manakala bagi kelas yang tertinggal saya terpaksa memohon
maaf kepada pelajar atas ketidak hadiran saya ke kelas mereka (walaupun mungkin
ada guru yang menggantikan kelas saya).
Saya percaya, jika seseorang itu tiada
komitmen sudah pasti mereka yang pergi ke taklimat tersebut pulang ke rumah
sahaja setelah taklimat dibatalkan. Terdapat juga guru yang berkata, jika keadaaan itu berlaku
terhadap mereka, sudah tentu mereka tidak akan lagi hadir ke sekolah pada hari
itu.
Bagi saya kehadiran saya semula ke sekolah bukan
kerana sesiapa, tapi rasa bersalah dan amanah untuk laksanakan
tanggungjawab terhadap pelanggan saya iaitu murid-murid saya.
Kesimpulan yang boleh saya ambil, di pihak
jabatan perlulah membuat kerja lebih terancang dan profesional kerana kesilapan
kita akan membuka ruang untuk orang yang kurang integriti mengambil kesempatan
atas kelemahan kita. Mohon maaf juga kepada pihak-pihak terbabit, moga tulisan
saya ini diterima secara positif untuk pengajaran kita semua.
Wassalam.
Posted in: CoretanCuepacs Harap Kerajaan Tambah ITP Penjawat Awam
KUALA
LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan menambah Imbuhan Tetap Perumahan
(ITP) kepada penjawat awam dalam belanjawan yang akan dibentangkan di Parlimen
28 September ini.
Setiausaha
Agungnya Lok Yim Pheng berkata ini perlu kerana kos perumahan kini khususnya di
bandar raya amat tinggi.
"Di
kawasan bandar raya apabila wujudnya projek perumahan baharu, timbul masalah di
mana orang yang berkemampuan sahaja yang dapat membeli rumah," katanya
dalam satu kenyataan.
Beliau
juga berharap bahagian cukai pendapatan tidak memotong cukai penjawat awam
untuk satu jumlah yang besar sekali gus.
Sebagai
contoh, katanya ketika penjawat awam mendapat kenaikan gaji 13 peratus
baru-baru ini, cukai pendapatan dipotong antara RM600 hingga RM1,000 dan ini
amat membebankan penjawat awam seolah-olah mereka tidak mendapat pelarasan
gaji.
Lok
berkata menerusi belanjawan itu juga penjawat awam bagi kumpulan yang
berpendapatan kurang RM100,000 setahun berharap dapat diberi pelepasan cukai.
--
BERNAMA
Posted in: CuepacsTuesday, September 11, 2012
Guru Akan Dijadikan Profesion Berprestij
KUALA
LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Guru akan dijadikan profesion berprestij dan
bertaraf elit, yang hanya mengambil 30 peratus siswazah paling cemerlang di
negara ini, demikian menurut cadangan Rangka Tindakan Pendidikan Malaysia
2013-2025.
Dilancarkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa, laporan awal tentang
rangka tindakan itu menyatakan bahawa Kementerian Pelajaran akan melaksanakan
dengan ketat standard kemasukan bagi memastikan setiap pengambilan guru pelatih
memenuhi kelayakan akademik minimum yang ditetapkan.
Ini
sejajar dengan satu daripada 11 anjakan yang digariskan di dalam dokumen ke
arah mentransformasikan sistem pendidikan negara - mentransformasikan jawatan
guru agar menjadi profesion pilihan utama.
Rangka
tindakan awal itu menyatakan Kementerian Pelajaran akan berganding bahu dengan
Institut Pendidikan Guru dan Kementerian Pengajian Tinggi untuk memastikan
kualiti kurikulum dan pensyarah dinaik taraf bagi melahirkan para guru seperti
yang dihasratkan.
Ia
juga menyatakan bahawa mulai 2013, beban guru dalam bidang pentadbiran akan
diringankan bagi membolehkan mereka memberi fokus terhadap tugas mengajar.
--
BERNAMA
Posted in: Kementerian Pelajaran MalaysiaMonday, September 10, 2012
Friday, September 7, 2012
Kaedah Temuduga Mungkin Diguna Pakai Pilih Pelajar Ke IPTA
SHAH
ALAM, 6 Sept (Bernama) -- Kaedah temuduga mungkin dilaksanakan secara meluas
bagi pemilihan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA)
apabila persaingan menjadi sengit berikutan peningkatan jumlah pelajar
cemerlang, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Pemilihan kemasukan pelajar ke IPTA kini dibuat menerusi komputer dengan 90 peratus berdasarkan pencapaian akademik sementara baki 10 peratus berdasarkan aktiviti ko-kurikulum, katanya.
Pemilihan kemasukan pelajar ke IPTA kini dibuat menerusi komputer dengan 90 peratus berdasarkan pencapaian akademik sementara baki 10 peratus berdasarkan aktiviti ko-kurikulum, katanya.
Menurut
Mohamed Khaled setakat ini, hanya dua IPTA menggunakan kaedah temuduga iaitu
Universiti Sains Malaysia manakala Universiti Malaya menemuduga pelajar bagi
kursus-kursus tertentu.
"Kemungkinan
kita lakukan perkara yang sama, ketika ini, untuk secara meluas saya belum
nampak, tetapi mungkin satu hari kelak bila persaingan menjadi semakin sengit
pencapaian pelajar cemerlang semakin banyak," katanya kepada pemberita
selepas majlis pertemuan dengan pelajar baru Universiti Teknologi MARA (UiTM)
di sini.
-- BERNAMA
Posted in: IPTAThursday, September 6, 2012
Kurikulum baharu sejarah sekolah menengah sedang dirangka
KUALA
LUMPUR, 6 Sept — Kerajaan sedang merangka kurikulum baharu mata pelajaran
Sejarah untuk pelajar sekolah menengah dalam usaha melahirkan warganegara yang
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin (gambar).
Muhyiddin
yang juga Menteri Pelajaran, berkata usaha itu dijalankan dengan berpandukan
kepada perakuan-perakuan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Mengkaji
Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah.
“Kerajaan
memberi perhatian khusus terhadap kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah di
sekolah. Laporan (Jawatankuasa Khas) telah kami terima, InsyaAllah kami akan
laksanakan,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan Majlis ke-57
Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) di Wisma Sejarah, di sini hari ini.
Jawatankuasa
Khas yang ditubuh pada Mei 2011 itu dianggotai 10 pakar sejarah dan
dipengerusikan Tan Sri Omar Mohd Hashim yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa
Eksekutif PSM.
Jawatankuasa
Khas itu berfungsi untuk mengkaji semula kandungan kurikulum dan buku teks
Sejarah sekolah menengah bagi memastikan ia mampu melahirkan pelajar yang
mempunyai perasaan cinta akan tanah air dan sekali gus memperkukuhkan semangat
setia negara dan jati diri sebagai warga Negara Malaysia.
— Bernama
Posted in: PendidikanFriday, August 31, 2012
Friday, August 17, 2012
SALAM AIDIL FITRI 2012
Sempena 1 Syawal yang bakal menjelang
tiba, admin ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada
semua umat Islam yang menyambutnya. Semoga anda bergembira berjumpa sanak
saudara dan mengeratkan lagi silaturrahim.
Dengan pertambahan kenderaan dimusim
perayaan ini, jalan raya pasti sesak oleh itu berhati-hatilah ketika memandu.
Patuhilah segala peraturan jalan raya demi keselamatan anda, keluarga dan orang
lain.
Buat semua pelajar yang akan menduduki
UPSR 2012, di samping keterujaan menyambut hari raya yang jatuh pada masa cuti
persekolahan ini, jangan lupa untuk mengulangkaji pelajaran. Ingat raya boleh
saja disambut banyak kali tapi UPSR hanya sekali!
Mata kadang-kadang salah melihat,
Lidah kadang-kadang salah berucap,
Hati kadang-kadang salah menduga,
Maaf andai ada salah dan silap.
SELAMAT HARI RAYA
Posted in: GrafikTuesday, August 14, 2012
Keputusan SPM Ulangan Khamis Ini
KUALA
LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) Ulangan 2012 akan dikeluarkan Khamis ini.
Menurut
kenyataan Kementerian Pelajaran, slip keputusan akan diposkan atau calon boleh
menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat calon mendaftar peperiksaan.
Seramai
14,224 calon menduduki peperiksaan itu dan daripada jumlah itu, 7,389 calon
mendaftar untuk mata pelajaran Bahasa Melayu manakala 3,909 calon mendaftar
bagi mata pelajaran Matematik.
Sebanyak
239 pusat peperiksaan dibuka pada 13 dan 14 Jun di seluruh negara.
--
BERNAMA
Posted in: SPMSaturday, August 11, 2012
Permohonan Masuk Politeknik Sesi Disember 2012
KUALA
LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Borang permohonan memasuki politeknik Kementerian
Pengajian Tinggi bagi sesi Disember tahun ini akan mula dijual pada 13 Ogos
ini.
Ketua
Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Mejar (K) Md Nor Yusof berkata sebanyak
20,500 tempat ditawarkan di 30 politeknik seluruh negara bagi pelajar lulusan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan
sijil politeknik kementerian itu.
Tarikh
tutup permohonan ialah pada 23 Sept, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau
berkata para pelajar boleh memperoleh nombor pin di mana-mana cawangan Bank
Simpanan Nasional dengan harga RM10.60 dan membuat permohonan secara online di
www.politeknik.edu.my.
"Pelajar
yang telah membeli nombor pin untuk kemasukan sesi Jun 2012 tetapi gagal untuk
mendapat tempat di politeknik, boleh menggunakan nombor pin yang sama untuk
memohon semula bagi sesi Disember ini," katanya.
--
BERNAMA
Posted in: IPTAFriday, August 3, 2012
Cuepacs cadang imbuhan tetap perumahan diselaras
PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan
Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan
penyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat
awam dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1
peratus.
Timbalan Presiden Cuepacs Aziz Muda
berkata cadangan tersebut antara 23 syor yang dikemukakan Cuepacs kepada
Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam.
"Satu perkara yang kita beri
penekanan kepada suruhanjaya adalah isu perumahan. Ini kerana dengan lonjakan
harga rumah, dengan gaji yang diterima penjawat awam pada hari ini menyebabkan
mereka tidak mampu memiliki rumah.
"Jadi kita minta suruhanjaya dan kerajaan
melihat perkara ini secara komprehensif," katanya kepada pemberita selepas
sesi pembentangan penambahbaikan perkhidmatan awam di bangunan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) di sini hari ini.
Turut dicadangkan ialah pelarasan elaun
bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300 pada
masa ini serta cadangan menaikkan elaun tetap keraian.
Beliau berkata semua cadangan itu
diharap dapat dilaksanakan tahun depan.
"Kita juga minta 22 klasifikasi
perkhidmatan yang telah diberi persetujuan untuk dinaik taraf (dalam Saraan
Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)) daripada gred 17 kepada gred 27 seperti
juruteknik, renjer hutan, pembantu pertanian berkuatkuasa 1 Januari 2012,"
katanya.
Aziz berkata selain 23 syor itu,
Cuepacs turut membentangkan 23 isu penjawat awam pada masa ini serta 24
cadangan penambahbaikan untuk memberi pengiktirafan kepada penjawat awam.
Katanya Cuepacs komited mengubah
persepsi rakyat mengenai kualiti perkhidmatan awam demi kepuasan rakyat.
"Kami komited untuk memberi
jaminan kepada kerajaan bahawa Cuepacs menyokong penuh supaya perubahan drastik
dibuat untuk memperbaiki sistem penyampaian yang ada sekarang ini,"
katanya.
- Bernama
Posted in: CuepacsMonday, July 30, 2012
MARKAH PRA PERCUBAAN JADI MARKAH PERCUBAAN UPSR
Saya telah meninjau laman SAPS (Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah), di dalam laman tersebut tercatat pengumuman
penting dimana tertulis “20/07/2012 Pengisian markah untuk Percubaan UPSR telah dibuka. Tarikh akhir
memasukkan data adalah pada Jumaat 10/08/2012.”
Merujuk pengumuman tersebut, yang
menjadi isu di sini adalah tarikh buka pengisian markah bagi Peperiksaan
Percubaan UPSR adalah 20/07/2012
dan tarikh tutupnya pula adalah 10/08/2012, sedangkan Peperiksaan Percubaan
UPSR bagi negeri Terengganu masih belum dijalankan lagi.
Tarikh Peperiksaan Percubaan UPSR 2012 bagi
negeri Terengganu seperti surat yang diemelkan adalah bermula 07/08/2012 hingga
09/08/2012 (rujuk gambar keratan emel dibawah). Maka untuk pengisian markah
atau untuk tidak ketinggalan bagi pengisian markah Percubaan UPSR di dalam SAPS,
saya telah dimaklumkan oleh Penyelaras UPSR Sekolah yang mendapat arahan lisan sahaja
semasa menghadiri Program Pelaporan OTI3-Pra Percubaan bertempat BTPN
Terengganu pada 26 Julai 2012 baru-baru ini supaya mengambil markah Pra
Percubaan untuk diisi sebagai markah Percubaan UPSR dalam SAPS tersebut!
Tarikh Peperiksaan Percubaan UPSR bagi negeri Terengganu
(klik pada gambar untuk kelihatan lebih jelas)
Justeru itu, cuba
kita bayangkan jika ibu bapa yang prihatin menyemak di bahagian SEMAKAN IBU
BAPA dalam SAPS, sudah pasti markah bagi Peperiksaan Percubaan UPSR tidak
menepati markah sebenar yang diperolehi oleh anak-anak mereka di dalam
Peperiksaan Percubaan UPSR sebenar. Tidakkah situasi ini boleh dijadikan isu
oleh ibu bapa berkaitan kerja buat kita?
Ibu bapa boleh menyemak markah peperiksaan anak-anak
mereka di sini setelah siap dibuat pengesahan oleh pihak berkenaan (klik pada gambar untuk ke laman SAPS)
Di sini, saya tidak mahu menyentuh cara
kerja pihak berkenaan di peringkat JPNT tetapi saya berharap dan mencadangkan pihak
berkenaan boleh menyesuaikan atau menyusun semula tarikh peperiksaan tersebut
dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) supaya pengisian SAPS bagi
negeri Terengganu berjalan selaras dengan jadual yang ditetapkan oleh KPM atau
pihak yang mengendalikan SAPS.
Posted in: SAPSFriday, July 27, 2012
Maklum Balas Akhbar: "JPA Lengah Naik Gred Guru"
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
mengambil maklum dan prihatin di atas perkara yang dibangkitkan oleh Hashim
Adnan, Presiden NUTP agar JPA menaikkan gred 400 guru yang memperoleh ijazah
melalui Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dari Gred DGA32 dan DGA29 kepada Gred DG41 seperti yang dinikmati 7,975
guru lepasan Program Perkhidmatan Perguruan Siswazah (PPPS).
Untuk makluman, Program Pensiswazahan
Guru (PPG) adalah merupakan isu Pertukaran Pelantikan kerana ia melibatkan dua
skim perkhidmatan yang berbeza dan bukannya kenaikan gred guru. Isu pelantikan
guru adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
Pihak JPA hanya terlibat dengan keperluan pewujudan jawatan dan tidak terlibat
dengan proses pelantikan guru.
Sehingga 23 Julai 2012, JPA telah
meluluskan sebanyak 7,975 jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan
Diploma (PPPLD) pelbagai Gred ke jawatan PPPS Gred DG41 di Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) berkuat kuasa 2 Oktober 2010 . Pewujudan jawatan
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 adalah bagi menampung
keperluan penempatan PPPLD yang telah tamat dan memperoleh ijazah di bawah
Dasar Pensiswazahan Guru secara PJJ yang dilaksanakan oleh KPM. Kelulusan
tersebut telah menyelesaikan isu guru yang telah memperolehi ijazah sebelum
tahun 2010 sehingga Disember 2011 dan telahpun lulus temu duga dan diperaku
oleh SPP untuk dilantik sebagai PPPS Gred DG41.
Berhubung isu 400 guru yang telah tamat
pengajian dan belum diluluskan kenaikan gred oleh JPA dan KPM, KPM kini sedang
mendapatkan maklumat daripada NUTP berkaitan sumber data 400 guru tersebut
termasuk mengemukakan senarai nama penyandang ke KPM. Untuk makluman sehingga
kini, JPA masih tidak menerima sebarang permohonan daripada Bahagian Pengurusan
Sumber Manusia KPM bagi menukar ganti jawatan berhubung kohort baharu guru yang
telah tamat PPG.
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
26 Julai 2012
Posted in: Perkhidmatan GuruKITA TERLALU BANYAK ALASAN
Apakah punca kegagalan? Punca paling
besar adalah selalu membuat alasan.
Jadi, penyakit yang selalu ada dalam kalangan orang yang gagal adalah orang
yang selalu beralasan untuk berjaya dan melaksanakan tugasnya.
Tahukah anda bahawa orang yang bijak
tidak menggunakan alasan yang sama yang dibuat oleh orang yang gagal walaupun
mereka boleh melakukannya. Kadang-kadang, mereka juga sakit, keletihan, buntu
dan tiada idea tetapi mereka tidak menjadikan perkara ini sebagai penamat atau
penghalang daripada terus berusaha sebaliknya mereka menjadi lebih ghairah
untuk mencari penyelesaiannya.
Suatu perkara yang lebih buruk lagi,
orang yang selalu beralasan dengan sesuatu alasan, katakanlah dia selalu
beralasan bahawasanya dia tidak sihat, maka sebenarnya dia telah memfokuskan
dirinya dalam keadaan sakit dan tidak bermaya. Walaupun, dia tahu itu hanyalah
alasan yang dibuat pada sesuatu ketika tetapi dia lupa bahawasanya perkara itu
sedang berakar umbi dalam dirinya. Seluruh tubuh sedang berusaha untuk
menjadikan dirinya lemah dan tidak bermaya kerana dia telah memikirkan
demikian.
Apakah alasan yang sering orang gagal
gunakan ?
1. Saya tidak sihat - Ini alasan yang paling banyak sekali digunakan.
Bayangkan, kita banyak gunakan alasan ini dan hasilnya kita tidak ke kelas atau
tempat kerja berhari-hari. Katakanlah dalam setahun, kita telah menggunakan
alasan ini 5 kali bermakna kita telah menghabiskan diri masa kita untuk berada
dalam alasan ini selama 5 hari. Dan 5 hari bermakna 5 x 24 jam = 120 jam. Lama
tu!
Apakah sakit yang bermasalah? Tidak.
Sakit tidak bermasalah tetapi yang bermasalah adalah menggunakan alasan sakit
untuk duduk dan berbaring semata-mata tanpa melakukan apa-apa kerja. Anggapkan
hari sakit anda seperti hari-hari biasa. Lakukan kerja harian seperti biasa dan
abaikan fikiran kita daripada mengingati sakit. Jangan bercakap dengan orang
lain tentang sakit dan keadaan anda kerana ianya hanyalah menambahkan lagi
kesakitan dan anda lebih tidah bermaya. Syukurlah dengan apa yang anda hadapi
sekarang. Berapa lama anda mengecapi nikmat kesihatan sebelum Allah berikan
kesakitan? Pastinya kesakitan ini hanyalah sekejap jika dibandingkan dengan
kesihatan.
2. Saya tidak cukup pandai - Ini adalah sikap orang yang terlalu
merendah diri. Puncanya, anda terlalu memandang rendah terhadap keupayaan diri
sendiri dan memandang tinggi keupayaan orang lain. Pandanglah diri kita sebagai
insan yang luar biasa dan mempunyai kemampuan yang istimewa yang belum kita
cungkilkan lagi. Cari peluang untuk mencungkil bakat yang terpendam itu.
Ingatlah bahawa ilmu bukanlah kuasa
atau penyebab seseorang itu berjaya kerana ramai orang yang berilmu tetapi
tersungkur di tengah jalan menuju kejayaan. Ilmu adalah potensi kuasa sahaja,
sebaliknya yang menjadikannya berkuasa adalah mengaplikasikan ilmu.
3. Saya terlalu muda/ tua - Faktor umur dalam menggapai kejayaan
adalah tidak penting. Semua orang mampu berjaya. Tiada istilah terlewat dalam
berjaya. Selagi mana anda ada keinginan untuk berjaya maka anda mampu
melakukannya. Ramai orang muda yang mengetuai organisasi yang kebanyakan
ahlinya adalah orang tua. Yang penting bukan tua atau muda tetapi bagaimana
anda menguruskannya dan menghargai orang lain yang lebih tua daripada anda.
4. Saya sentiasa bernasib malang - Siapakah yang tahu
nasib anda? Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Apakah kerja anda? Usaha dan
tawakkal kepada Allah s.w.t. Mengharapkan nasib semata-mata adalah seperti
mengharapkan bulan jatuh ke riba.
Buatlah perubahan. Pasti di sana ada
sedikit kekurangan yang perlu diperbaiki. Tingkatkan diri anda kepada yang
lebih baik. Banyakkan membaca dalam bidang yang diceburi serta buat sedikit
kajian tentang kelebihan dan kelemahan diri sendiri dalam bidang tersebut serta
kelebihan dan kekurangan pihak lain. Insya Allah, pastinya anda akan mendapat
peluang yang diharapkan.
Posted in: Motivasi
Penafian: Pihak admin tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan yang dialami semasa/selepas melayari blog ini atau menggunakan sebarang maklumat dari dalam blog ini. Komen-komen yang dikirimkan diblog ini juga adalah menjadi tanggungjawab pengirim itu sendiri. Terima kasih.


















