KUALA
LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Saban tahun, 16 Mei tetap dan akan terus dirai
sebagai Hari Guru meskipun dunia pendidikan semakin berubah, menjadikan cabaran
yang dihadapi guru kini lebih hebat, sekaligus menuntut pendekatan inovasi
serta kreativiti bagi melaksanakan tugas mendidik generasi Y dan Z.
Presiden
Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Malaysia Profesor Madya Datuk
Dr Mohamad Ali Hassan berkata guru perlu bijak memanfaatkan teknologi terkini,
khususnya teknologi maklumat bagi mendekati pelajar.
"Guru
perlu memanfaatkan media sosial seperti Facebook atau Twitter dan mengunakan
media itu sebagai alternatif untuk menyampaikan bahan pembelajaran di samping
mendekati dan memahami pelajar mereka," katanya ketika dihubungi Bernama
sempena sambutan Hari Guru.
Generasi
Y merujuk kepada kelompok yang lahir antara 1977 dan 1997 manakala generasi Z
lahir antara 1998 hingga sekarang.
Meskipun
perubahan pendekatan itu perlu, beliau berkata guru jangan sesekali melupakan
cara lama seperti sentiasa mendekati pelajar secara bersemuka selain mengenali
serta bermesra dengan keluarga pelajar mereka.
– BERNAMA
0 comments:
Post a Comment